abyat minal albi

Meh join....

Jumaat, 15 Mei 2009

Petua dulu kala......


Petua1 : Anak Fasih Bercakap Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah... Petua2 : Inginkan Anak Putih 1 Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya. Petua3 : Inginkan Anak Putih 2 Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih. Petua4 : Awet Muda Asalammualaikum......... Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda.Selamat mencuba petua ini...OK.. Petua 5: Masalah Bau Badan Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil. jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih.... Petua : Awet Muda Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain Petua : Pembersihan Dalaman Badan Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah.. Petua : Bibir merah semulajadi Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
P/S: SEMOGA APA YANG KITA USAHAKAN ATAS BIMBINGAN DARI AL -QUR'AN DAN HADIS .SEMOGA BERMANFAAT BUAT KALIAN,,,

0 ulasan: