abyat minal albi

Meh join....

Khamis, 10 Mac 2011

Sejarah peperangan Uhud.

PERANG UHUD DAN KESAN-KESANNYA


Permusuhan antara orang Quraisy Makkah dan orang Islam tidak berakhir selepas Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Perang Uhud merupakan peperangan kedua yang berlaku dalam sejarah Islam pada tahun ke-3 Hijrah di pinggir Bukit Uhud Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w dan tentera Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufyan bin Harb.Punca utama yang mencetuskan peperangan ini ialah perasaan marah dan dendam kaum musyrikin Quraisy yang telah dikalahkan oleh tentera Islam dalam Perang Badar.Mereka berasa tersangat hina kerana tentera Islam yang baru berjaya mengalahkan mereka.


Kaum musyrikin Quraisy di bawah kepimpinan Abu Sufyan bin Harb dengan 3000 orang tentera termasuk 3000 ekor unta, 700 tentera berbaju besi, 200 ekor kuda, pasukan pemuzik dan pasukan kaum wanita yang berjumlah 15 orang telah menuju ke Madinah. Ketua angkatan berkuda ialah Khalid al-Walid.


Mendengar persiapan orang Quraisy itu, Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk melindungi kota Madinah.


Cadangan baginda untuk bertahan dalam Kota Madinah disokong oleh Abdullah bin Ubay. Bagaimanapun, golongan muda yang bersemangat untuk menghadapi golongan musyrikin. Oleh sebab pendapat mereka adalah majoriti, maka baginda bersetuju untuk menentang kaum musyrikin di luar kota Madinah.

Angkatan tentera Islam dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w berjumlah 1000 orang tentera yang dibahagikan kepada tiga batalion . Batalion Muhajirin diketuai oleh Mus’ab bin Umar.Batalion Aus diketuai oleh Usaid bin Hudair.Batalion Khazraj dipimpin oleh al-Habbab bin al-Munzir.

Dalam perjalanan, Abdullah bin Ubay bersama 300 orang tentera telah keluar daripada barisan tentera dan pulang ke Madinah. Perbuatan ini berlaku kerana dikatakan Nabi Muhammad s.a.w tidak menghiraukan pendapat beliau untuk bertahan di Madinah.

Pertempuran antara tentera Islam dan tentera musyrikin Quraisy meletus di pinggir Bukit Uhud. Pada awalnya, kemenangan berpihak kepada tentera Islam tetapi akhirnya mereka telah ditewaskan.


Punca kekalahan tentera Islam ialah sikap tentera Islam yang mengingkari arahan Rasulullah s.a.w. Pasukan pemanah meninggalkan kubu masing-masing untuk mengejar harta rampasan perang.

Pada masa itu, Khalid al-Walid mengambil kesempatan mengumpul pasukan berkudanya dan menyerang dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Ramai sahabat Nabi Muhammad s.a.w terkorban termasuk bapa saudara baginda, Hamzah RA


Kekalahan dalam Perang Uhud juga telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat Islam yang tipis imannya.

Perang Uhud talah memberikan pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati serta mengikuti taktik yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w.

Memberi gambaran kepada umat Islam menangani sifat-sifat dan bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh golongan munafik.

Rasulullah s.a.w bertindak menghalau Yahudi Bani Nadhir dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan kerap dari kota Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan kerap berusaha membunuh Rasulullah s.a.w.

Pihak Arab Quraisy

Kabilah-kabilah Arab mula memandang rendah dan serong terhadap umat Islam .Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya kekuatan Islam mula lumpuh .
Perang ini membuktikan kaum Quraisy memang sentiasa berazam untuk menghancurkan Islam pada bila-bila masa tanpa diduga.

Kesimpulannya jelas kepada kita bahawa perang Uhud amat besar ertinya kepada umat Islam kerana perang ini merupakan satu pengajaran pahit untuk mereka.Mereka mula menyedari tentang pentingnya mematuhi perintah-perintah Rasulullah s.a.w dan para pemimpin.Selepas Perang Uhud umat Islam semakin bersedia menghadapi musuh mereka secara bersama-sama.
pihak Islam mula menyedari bahawa golongan Yahudi dan munafik tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan kota Madinah. Umat islam juga menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan menghentikan segala tindakan mereka ke atas umat Islam selagi Islam tidak dihapuskan.