abyat minal albi

Meh join....

Khamis, 30 Julai 2009

Jom renung bersama ana!!

Buat Syababi dan ukhti.

kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail
AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam
perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Wallahualam

Pentafsiran dariku.

Tafsir talqin

Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk mengujisiapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikanlubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam danbinasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadiratAllah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menujumasuk ke dunia Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yangdisembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,apabila datang kepada kamu 2 malaikat sebagai wakil Tuhan yangmenemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentardan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakiritu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku,Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa sesungguhnya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabiadalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hariKiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akanmembangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri didalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan danmemaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidakdisiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas pasti akan Mati"Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman Allah swt,"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalamkerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biar

Buat bakal - bakal zaujah..



Saudariku!
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikanlah ilmunya dan sematkanlah di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya-Allah...

Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkar bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali unutk mendekatinya.

Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu, lebih-lebih dengan title gadis yang kau miliki, Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah saudariku...
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punya, azam, usaha dan istiqamah...

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kamu tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahawa dirimu :
Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelai selain fitnah yang berpunca daripada wanita

Oleh itu saudariku...
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu unutk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan Ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunis dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai di antara kamu tewas kerana cinta.

Bercinta tidak salah tapi memuja cinta itu salah. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan akhlak remaja sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya cinta itu buta…

Cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil pabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata.

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampi membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati org yg melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama :

“Cintakan menusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itum gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.”

ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWNANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.

Wallahu A`lam...

Kelebihan surah dalam Al qur'an .

khasiat surah YASSIN



RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.




3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

kesemua inia adalah dengan izin-NYA. mudah2an kita memperolehi segalanya.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong sampaikan kepada teman seagama yang lain.
Mudah2an rahmat-NYA sentiasa bersama dengan kita INSYALLAH.

Isnin, 20 Julai 2009

Jom bermuhasabah jiwa...


Bicara Hati dan Akal
Setiap manusia diberi hati ,akal ,ilmu dan jua iman untuk mengawal seluruh anggota badan ,tapi jangan lupa manusia jua diberi nafsu dan Syaitan menjadi musuh ketat kepada keempat saudara tadi,keempat saudara tadi adalah hati ,akal, ilmu dan iman kadang-kadang kita selalu tersilap memilih ketua untuk mendorong keempat -empat saudara tukan.Iman adalah cahaya dari ilmu yang dipelajari,akal pula menerima ilmu ,hati pula menerima iman dengan ada ilmu dan keyakinan dari hati,tapi jangan salah buat pilihan bila semua ni berada pada diri kita ,jangan pisahkan keakrapan mereka ni,pilihlahlah iman untuk mengawal ilmu ,hati dan akal,kerana iman adalah hidayah dari Allah ,iman tidak akan datang dengan sendiri jika kita tidak berusaha mencarinya.Jadi siapa yang perlu berkorban mencari iman ni,selayaknye akal, hati dan ilmulah kena mencari iman untuk memandu seluruh anggota badan kitakan,bila iman mengawal segala anggota badan dibantu dengan akal ,hati dan ilmu segalanya tidaklah menjadi berat untuk iman membuat keputusan kerana sahabat pada iman ni tidak menghalang ,kerana bila kesemua menpecayai iman ,maka mudah laa iman membuat keputusan untuk memandu seluruh anggota badan dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh mencabar nikan.

Tidak semudah itu tau,ermm sebab nafsu dan syaitan adalah saudara yang amat akrab mereka ni sentiasa mencari jalan nak pedayakan hati dan akal ,nak tahu syaitan ni lebih kurang macam ketua la pada nafsu ni,sebab dia yang merancang segala aktiviti yang akan dijalankan bersama-sama tapi banyaknye nafsu la kena buat keja untuk menyesatkan keempat saudara tadi ,kerana hati dan akal ni ibarat abang dan kakak laa dalam keluarga,ilmu pula ibarat kawan mereka ,jika akal dan hati ni silap pilih ilmu pincang laakan,begitu juga jika abang dan kakak silap memilih kawan mereka maka pincang la kehidupan pergaulan mereka ,jadi apabila hati dan akal silap mencari ilmu maka nafsu dan syaitan cepat-cepat datang umpama berlutut mengajak mereka bersama-sama berkawan dan tinggalkan iman jauh -jauh,jadi bila nafsu dan syaitan dapat merasuk hati dan akal ,mereka akan mentarbiah hati dan akal untuk biasakan dengan benda-benda maksiat,sehingga hati dan akal menjadi senang dengan kehidupan itu ,jadi nafsu dan syaitan tak perlu la nak susah payah lagi nak melutut dan merasuk akal dan hati,bila jadi begini akal dan hati ibarat hamba pada syaitan dan nafsu,bila syaitan ada kerja lain nafsu tidak tinggalkan hati ,nafsu akan lihat je hati dan akal buat kerosakkan dalam kehidupan mereka syaitan akan mencari nafsu lain pula untuk perbanyakkan ahli-ahlinya.Jahatkan syaitan ni mula mula dia datang melutut buat baik lepastu menjadi ketua yang lain dijadikan hamba ,kemudian syaitan ni cari pula ahli lain untuk menyesatkan jiwa manusia seperti kita sekarang.

haaa!!!!!!!!!! Jangan la tinggal iman ,iman sentiasa tunggu kita, kawan yang ikhlas dari hati dan akal untuk mendorong tubuh badan kerana iman dari Allah yang datangkan kemulian buat diri kita,bila iman mentarbiah kita ,diri kita akan merasai kesusahan dengan ujian ,akal dan hati menjadi letih kerana iman nak akal dan hati menjadi suci dan benar ikhlas berkawan dengan iman,bila hati dan akal bersih segala ujian yang datang akan menjadi mudah ,kerana iman mengajar bila datangnya kesusahan dan kebahagian jangan lupa pada Allah pencipta iman, hati akal dan diri kita,bilanya semua ini terjadi nafsupun dengan rendah diri melutut memohon maaf dan kembali kepada jalan yang benar bersama-sama iman,barulah bahagia bila kesemuanya bersatu ibarat adik-beradik kembali bersatu seterusnya bertapak didalam diri kita .Semua ni berada dalam diri kita hanya kita ja selalu tidak berfikir ,jadi fikirlah dari sekarang muhasabahlah yeeee.....Selamat bermuhasabah...


Isnin, 13 Julai 2009

Lucu Tak ?

  • Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

  • Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

  • Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi bertapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

  • Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu/berchatting dgn kawan-kawan / pakwe / makwe.

  • Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

  • Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halamanpun habis dilahap.

  • Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untuk nonton bola atau konsert,dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

  • Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

  • Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

  • Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan e-mail layang di internet, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.

  • Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berpikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

  • Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai lewat email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

  • LUCU TAK?
  • ............Tepuk dada, tanyalah hati & imann........

  • "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahawa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah." (QS 33:47)


Jumaat, 10 Julai 2009

Ya Allah berikan padaku..........

Tazkiroh buat renungan bersama.

Assalamualaikum wbt,pada sahabat-sahabat yang dikasihi..

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu-daya Iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah
meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah
menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluardan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik-baik risalah ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .


Wassallam.

CINTA......

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?


Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama
cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka.
Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati,
merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu
jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda,
ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan
sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah
ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini
akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan
wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu
dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat
dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.


Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada
pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.


Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan
dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

Puisi Cinta