abyat minal albi

Meh join....

Ahad, 10 Mei 2009

  • Erti Kebahagiaan Hakiki

  • Assalaamu 'alaikum. Ikhwah dan akhawaat yang dirahmati Allah!
  • Ingin Bahagia?
  • Tiga orang sahabat berjalan-jalan di sekitar taman perumahan mewah, rumah-rumah di situ cantik-cantik dan besar-besar, berharga dari RM500,000.00 hingga RM 5,000,000.00. Tentu tempat tinggal mereka yang berpendapatan tinggi (tauke-tauke kot..).
  • Ketika itu hari petang, cahaya syafak merah dari barat bergelut dengan cahaya eletrik yang mula menerangi jalan raya. Di antara pergelutan siang dengan malam itu, beberapa orang duduk di muka halaman rumah bersama anak dan isteri, sambil membaca surat kabar. Di atas meja terhidang beberapa cawan teh dan kueh mueh. Sesekali si isteri tersenyum gembira sambil bermesra dengan suami, sementara anak-anak berkejar-kejaran di hamparan rumput halus nan hijau tak jauh dari kolam renang yang nampak biru airnya. "Alangkah bahagianya mereka" kata salah seorang sahabat yang tiga tadi.
  • "Lihatlah kecantikan rumahnya, keindahan halamannya, perabotnya yang serba lengkap, dan tentu sahaja dengan kepuasan hati mereka. Di sebelah rumah pula nampak tersusun kereta berbagai jenama jenis terbaru: Rolls Roys, Lamborgini, Porsche, Mercedes, BMW, Jaguar, Pajero, Prado, hingga kancil dan rusa pun ada". Salah seorang dari mereka menjawab: "Ah belum tentu, janganlah engkau terpedaya oleh gambaran luar, dunia ni semacam lakonan, boleh jadi di balik keindahan yang kau nampak, di balik senyuman dan tawa itu, tersembunyi kepahitan, yang mereka rasakan tanpa diketahui orang lain. Banyak orang yang tertawa sedang hatinya luka parah. Banyak sekali, lahirnya, ceria tetapi batinnya, sengsara".

  • Begitulah tiga sahabat berbual tentang erti bahagia berdasarkan apa yang mereka lihat.

  • Apa sebenarnya bahagia itu?

  • 'Aisyah ra. suatu hari bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah, dengan apakah kelebihan sebahagian manusia dari sebahagian yang lainnya? Baginda saw menjawab: "Dengan akal!"

  • Kata 'Aisyah lagi: "Dan di akhirat? "Dengan akal juga" Kata baginda. Bukankah seseorang itu lebih dari yang lainnya dalam hal pahala lantaran amal ibadahnya? Tanya 'Aisyah lagi.

  • "Hai 'Aisyah, bukankah amal ibadah yang mereka kerjakan itu semata-mata mengikut kadar akal mereka? Mengikut ketinggian derjat akal mereka, begitulah ibadah mereka, dan menurut itulah pahala yang diberikan kepada mereka".

  • Sabda Baginda saw pula: "Allah telah membahagi akal kepada tiga bahagian. Siapa yang cukup memiliki ketiga bahagiannya, sempurnalah akalnya, jika kurang walau sebahagian, tidaklah ia dikira orang yang berakal!"

  • Seseorang bertanya: "Ya Rasulullah, apakah bahagian yang tiga itu? Sabda baginda saw:

  • "Pertama, baik makrifahnya (pengenalannya) kepada Allah, kedua, baik taatnya kepada Allah dan ketiga, baik pula sabarnya atas ketentuan Allah.

  • Akal manusia bertingkat-tingkat. Kehendak manusia pula berbeza mengikut tingkat akalnya. Setengah manusia sangat cinta kepada kehormatan dan kemuliaan, sehingga segala tenaga, fikiran dan usahanya ditumpukan untuk sampai ke situ. Ia bersedia berkorban, sanggup menempuh kesusahan,kepayahan dan apapun rintangan asalkan didapat kemuliaan dan kehormatan di ata manusia.

  • Setengah yang lainya ada pula yang tidak peduli dengan semua itu. Baginya,asal dapat hidup dan tidak mengganggu orang lain, cukuplah. Apa gunanya enghabiskan tenaga untuk mencapai kemuliaan dan kehormatan yang bagai mimpi itu. Baginya yang penting hati tentram di dalam kehusyu'an mengingati Allah, di dalam beribadah kepada-Nya dan di dalam berjuang di jalan-Nya. Dia bukan tidak mahu kekayaan harta dan kemuliaan, tetapi dia tidak mahu menggadaikan kekayaan dan kamuliaan jiwa yang lebih kekal, yang jauh lebih bernilai.

  • Ada pula manusia yang lupa siang, lupa malam, hanya kerana mengejar kedudukan, pujian, kekayaan dan kepuasan nafsu. Untuk itu ia tak peduli dirinya sesat, agamanya tergadai, anak keturunannya terkorban dan umatnya tertindas.

  • Ada pula golongan yang tidak lekat di hatinya segala perhiasan dunia yang fana, yang tak kekal itu. Dipandangnya semua itu tak lebih dari nilai mainan kanak-kanak, yang selalu mereka perebutkan.

  • Segala kelainan dan perbezaan pandangan hidup manusia di atas, timbul kerana perbezaan tingkatan akal. Jika derjat akal itu tinggi, kerana tingginya kefahaman yang diiringi pengamalan, bertambah tinggilah derjat orang yang memilikinya.

  • Ketahuilah sesunguhnya segala apa yang ada dalam alam ini hakikatnya sama sahaja, yang berlainan adalah pendapat orang yang memandangnya dan menilainya. Maka kemampuan akal untuk menyelidik, memahami dan menilai, itulah yang membezakan seseorang itu bahagia atau celaka.

  • Emas itu sama sahaja dengan perak, kain guni sama sahaja dengan sutera, rumah batu sama sahaja dengan rumah kayu, wang kertas sama sahaja dengan kertas, yang membezakannya adalah penghargaan, penilaian manusia ke atas itu semua. Apalah ertinya pen emas bagi orang yang tak pandai menulis?
  • Apalah ertinya rumah cantik dan luas bagi si buta, Apalah ertinya umur panjang bagi pendosa yang tak mahu bertaubat, yang tak mahu beramal sholeh,untuk bekalnya di akhirat? Apalah ertinya harta yang banyak bagi orang yang tamak, yang tak pernah merasa puas dan tidak mahu bersyukur? Apalah ertinya
  • dunia bagi orang yang tak tahu bahawa ia hanyalah alat untuk memudahkannya berjihad, atau kemudahan untuk dapat akhirat?

  • Jadi apakah ukuran untuk seseorang merasa bahagia? Yaa, ikut ukuran dan tingkat akal masing-masing.

  • Perhatikan! Orang rindu akan sesuatu dan merasa bahagia dengannya, sebelum sesuatu itu ada padanya, namun setelah sesuatu itu dimilikinya, hilanglah kerinduannya, mengapa? Sebab segala isi dunia ini indahnya hanya ketika ia belum ada di tangan. Oleh itu bukanlah bahagia dan nikmat jika hati kita terpaut kepada dunia, jika khayal kita, angan-angan kita tertumpu kepada dunia. Sesungguhnya
  • bahagia akan dirasa ketika diri ini mengenal Allah, lalu taat kepada-Nya dengan diiringi sabar terhadap segala ujian-Nya. Itulah hakikat hidup, itulah hakikat bahagia, di atas asas ini, barulah segala sesuatu
  • akan menjadi nikmat . Allah berfirman yang bermaksud: "Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu ......(QS. AlAnfal/8: 24)

  • "Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan (QS. Al Kahfi/18; 46)

  • Semoga bermanfaat,
  • Jumpa lagi,

  • akhukum,

  • syed mazlan bin syed azizan...

  • moga bermanfaat..

  • senyum-senyum selalu.................jagan sedih2..ingat Allah sentiasa bersama kita.INSYALLAH..

0 ulasan: