abyat minal albi

Meh join....

Ahad, 17 Mei 2009

PELAJAR MUSLIM CONTOH…

 

Dunia dewasa kini manusia terlalu leka dan terlalu sebok dengan dunia masing –masing ,sehingga merasakan kejaya mereka segala –galanya ,hidup penuh dengan kerja duniawi sehingga lupa amalan ukhrowi,sedangkan amalan duniawi akan deredhoi jika disematkan dengan niat yang luhur hanyalah kerana Sang pencipta,kerana apa yang dikecapi didunia ini hanyalah milikNya,tiada satupun milik kita  sehinggakan air mata yang menglir tika kekecewaan jua milikNya,.kita selalu merasakan apa yang ada adalah hak mutlak diri kita sehingga lupa siapa diri kita,terlalu kerdil jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain,dimana kita sekarang cuba kita renungkan? Layakkah kita kecapi nikmat ilahi dalam hidup ini? Jika kita rasakan layak apa yang telah kita lakukan untuk membalas apa yang Allah berikan pada kita,walaupun Dia tidak penah meminta, Dialah pencipta,jua mentadbir alam ini ,adakah kita sedar DIA  jua menjaga kita ,tika kita dalam kandungan ibu selama 9bualan ,adakah kita sedar Dia jua menjaga kita ,tika kita tidur nyenyak,sedarkah Dia jualah yang menjaga hati kita dan kelekaan kita darinya.Tapi kita sering kali lupa dariNya sering kali mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan.Tidakah kita merasa malu denganNYA????

 

Tepuk dada tanyalah imanmu ,,,diruangan ini ana mengajak marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berfikir sejenak apakah tujuan hidup ini,matalamat yang sering kali kita keliru kerana dunia yang sering menipu,sekarang kita perlu sedar kita adalah hambaNya dan perlu sedar tujuan hidup ini adala untuk mencari keredhaanNYA,tanggung jawab kita kini adalah sebagai penuntud ilmu,sedanrkah apa yang dikejar itu adalah jua miliknya,ilmu Allah terlalu luas tiada penghujungnya.ketahuailah segala kemodenan kecanggihan dewasa kini baru sedikit yang kita kuasai ,sesungguhnya kemoden yang kita agungkan ini,disisi Allah telalu kecil jika igin dibandingkan degan ciptaanNya.Jikalah dihimpunkan semua ahli ilmuan ,cuba datangkan ayat sepertimana Al qur’an nescaya tidak mampu dilakukan,ini menunjukan bahawasanya segala ciptaan yang ada tidak setanding dengan ciptaan Allah,jadi sedarkah siapa diri kita ini,saya percaya semua pembaca mengenali diri dan apa tujuan hidup ini,jikalah kita menyedari segalanya nescaya tidak langsung diri kita akan menjadi insan yang luar biasa dalam semua aspek kehidupan

 

Institusi pendidikan diwujudkan kerana adanya penuntut manakala guru-guru menjalan tugasnya untukmenyediakan manusia yang dapat membangunkan tanah air.

 

Dengan itu perlu kita menunjukan contoh yang baik kepada penuntut Muslim sebagai ikutan kepada anak-anak yanag lain.Begitu juga dengan penuntud perempuan merupakan sebahagian dari masyarakat dan mempunyai peranannya yang penting dalam membentuk generasi dan menegakan keluarga Isalam bagi membina masyrakat dan negara Islam.

 

Pertama ,sebagai penuntut muslim contoh perlulah membetulkan niat dan tujuan beljar .Di kalangan  kebanyakan penuntut , tujuan  belajar ialah untuk mendapat sjil yang mna padanya membolehkan memegang jawatan dana dapat menyara hidup semata-mata,tetapi perlulah kita sedar Isalam menghendaki segala niat atau tindak tanduk ialah untuk memberi sumbangan terhadap islam dan orang islam.Niat yang begini menjadikan pelajar itu salah satu cara mendekatkan  diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang telah diluahkan .Oleh itu kita perlu berusaha agar diri kita menjadi salah seorang dari pelajar yang memikirkan masa depan Islam.

 

Pelajar muslim contoh juga  hendaklah membetulkan pandangan kepada pelajaran dan ia bukan semata –semata penguasaan akal tentang maklumat –maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan akhir tahun,,tetapi maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan akhir tahun ,tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan pribadi terpelajar yang membina ilmunya,boleh memberi faedah kepaa kehidupan manusia,dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungan apa yang dipelajari dengan kehidupanya dengan kehidupan .Penuntut Islam juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlaq adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari ajaran islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan.Mereka juga hendaklah  mengetahuai adab-adab Islam dan ajaran-ajaran  dan memaksa dirinya untuk mengetahui,membiasakan diri dengan sifat benar,amanah ,berlemah lembut dan menjauhakan segala akhlak yang dikeji .Dan yang paling nyata sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang, berbuat baik terhadap dua ibu bapa ,berbaik-baik hubungan dengan keluarga dan kawan-kawannya.

 

Penuntut Muslim contoh hendaklah pandai memilih kawan dari kalangan kawan-kawannya ,seharusnya memilih kawan yang soleh dan tidak bercampur –gaul dengan orang yang jahat.Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal,jangan samapai membuang masa pelajaran..

 

Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar ,mengulangkaji,tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang telah ditetapkan itu.Jangan biarkan masa masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan –urusan lain,alat sebaran  dan lain-lain keadaan yang menghabiskan masa .Solat hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya,kerana menunaikan solat adalah sebagai pembaharuan tenaga dan memohon pertolongan  dari Allah .Perlu diigatkan diigatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.

 

Ramai penuntut yang tidak mengambik berat terhadap pelajarannya di awal pengajian dan masa dibuang begitu sahaja ,mereka menggantikan masa yang dibuang itu diakhir tahun dengan berjaga sepanjang malam .Ini adalah satau kesalahan yang besar bagi penuntut Muslim contoh dan patut jauh dari sifat begitu.Waktu  hendaklah diataur  sejak dari awal pengajaian lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.

 

Pelajar  Muslim contoh hendakalah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman ,pembersihan hati dari dendam dan hasad ,pemarah dan takabbur,terpedaya dan setiap yang dimurkai Allah .Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan ,pakaian ,tempat  tidur ,meja tulis dan buku-bukunya.

 

Kita hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-guru dan jangan tidak hadir kekuliah kecuali berlaku keuzuran yang kuat.Fikirkanya hendaklah sentiasa awas (memberi tumpuan ) ketika mengikuti pengajian,tidak terganggu dengan urusan lain ,kerana jika guru itu dapat dikuasainya ini akan dapat menolongnya .Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak hadir kuliah atau tidak mengambil berat kuliah guru,tentunya ada disetengah –setengah tempat yang kurang jelas atau tidak faham.Lebih baiklagi jika kita dapat membaca pelajaran itu sebelum disyarahkan oleh guru.Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang kurang di fahami.

 

Kita hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajar itu ada hubungan anatara satu sama lain .Kebiasaanya sesuatu pelajran yang sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya difahami lagi.Oleh itu kita sebai pelajar jangan segan silu untuk bertanya dan berbincang sesame rakan ,jika ada masalah yang tidak dapt diselesaikan maka wajarlah untuk berjumpa dengan guru .Bagi memudahkan dalam penguasaan seperti nahu ,sorof ,mantiq dan segala cabang ilmu yang mempunyai fomula hendaklah dibuat ringkasan untuk difahami dan dapat dihadam dengan baik.

 

Sebagai penuntut muslim contoh kita wajarlah melazimi dan mengamalkan zikirullah setiap hari dan penuhi waktu kekosongan dengan bacaan Al-qur’an dan selalu berdoa agar dijauhkan dari gangguan syaitan .Segala amalan ,belajar menjawab ketika peperiksaan hendaklah dimulakan dengan bacaan BISMILLA..dan memohon pertolongan dari Allah.segala usaha dalam mengejar ilmu hendakalah ikhlas dan bergantung harap pada Allah semata-mata,kerana ilmu aalah cahaya yang bersih lagi mulia,jadi jika kita ingin ilmu dan keberkatan dalam kehidupan maka hormatilah ilmu dan para muallim,dekati para ulama.Adab menuntut ilmu yang perlu kita ambik perhatian selepas segalanya dilakukan maka ilmi itu wajib diamalkan didalam kehidupan seharian  ,seperti hadis Nabi yang berbunyi:(Ilmu jika tidak diamal seperti pohon yang tidak berbuah).Manfaatlah ilmu yang kita pelajari kejalan yang diredhoi Allah ,tiada kebaikan jika segala amalan kita tidak memperolehi keredhoan dariNYA.

 

Akhirnya sebagai muslim  kita perlulah berpegang dengan apa yang telah tersebut dahulu iaitu menjaga sifat muslim dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Isalam yang semperna dari segi rupa bentuk dan menjauhkan pa yang dilarang oleh syara’semoga setiap kehidupan kita mendapat ganjaran dari Allah dan memperolehi keimanan yang kukuh untuk mengharungi zaman yang penuh ranjau ini.

 

Ku tinggalkan kepada semua pembaca dengan kata Imam Hassan AL – Banna:

 

POHONLAH KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRATMU ,JIHAT DAN DAKWAHMU,CITA –CITA DAN HARAPANMU ,BERDOALAH UNTUK WATAN KAMU DAN KAUM KELUARAGA KAMU,UNTUK DIRIMU DAN SAUDARA MARA KAMU,SESUNGGUHNYA TIDAK BERLAKU KEJAYAAN ITU MELAINKAN DARI SISI ALLAH YANG MAHA MULIA  LAGI MAHA BIJAKSANA.

0 ulasan: