abyat minal albi

Meh join....

Selasa, 30 Jun 2009

Mauqif siroh buat pedoman..


SAID BIN JUBAIR

Said bin Jubair ialah seorang pemuda yang faqih dan wara’.Kewara’kan dan kebaikannya telah tersebar sehingga diketahui oleh Hajjaj,seorang penguasa yang zalim yang telah membunuh ramai orang soleh pada zaman itu,lalu dihantarkannya seorang utusan pergi bertemu Said.Ketika datangnya utusan itu tahulah Said bahawa pemergiannya ke sana tidak lain hanya untuk dibunuh.Sesungguhnya daripada perasaan itu,Said berdoa kepada Allah s.w.t.dan berdoa kepada-Nya agar dimatikan sebagai seorang syuhada’.

Ketika dalam perjalanan tahulah utusan Hajjaj bahawa orang yang mereka tangkap itu ialah Said,seorang ulama’ terkanal.Utusan itu pun berkata :celakalah kami kerana kami tidak mengetahui bahawa kami diutus untuk menangkap engkau.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian bagi kami.Kami memohon kepada Allah kesejahteraan pada hari Mahsyar kerana engkau tidak selayaknya diadili seperti ini.Said berkata: kamu tidak bersalah terhadapku dan aku redha apa yang kau lakukan terhadapku.Jnganlah kamu menangis sesungguhnya Allah mengetahui apa yang menimpa diriku.

Ketibaan mereka ke istana telah dikhabarkan kepada Hajjaj.Pengawal yang mengiringi Said menghadap Hajjaj menangis melihat keadaan Said ketika bertemu Hajjaj.Hajjaj berkata :”bawalah Said kepadaku”.Utusan itu berkata :”baiklah.Hajjaj berkata lagi:bawa dia masuk.”Ketika Said masuk menghadapnya,segera Hajjaj bertanya siapakah nama kamu?”dengan nada mengejek “namaku Said bin Jubair.”Hujjaj berkata:”awak ialah seorang yang jahat lagi memecahbelahkan.”Said menjawab:”kemungkinan emakku lebih mengetahui namaku berbanding engkau.”Hujjaj marah”engkau tak guna,ibumu seorang yang jahat.”Said menjawab “Allah lebih mengetahui perkara ghaib daripada engkau.”Hajjaj bertambah marah “tukarlah dunia engkau dengan api yang membakar.”Said berkata “kalau aku tahu hal yang demikian itu,sungguh aku akan jadikan engkau tuhan.”Hujjaj bertanya “apakah pandangan engkau terhadap Muhammad?”Said bertanya “maksudmu,Muhammad s.a.w.?”Hajjaj menjawab “ya.”Said menjawab “Baginda seorang penghulu dan berketurunan Adam,Nabi yang terpilih,tiada yang standing dengannya sebelum dan sesudah beliau.”Bertanya Hujjaj “apa pandangan engkau terhadap Abu Bakar.” Jawab Said “Beliau seorang yang siddiq,mengikut jalan yang benar.”Hajjjaj bertanya “bagaimana pula pandangan engkau terhadap Umar?”Said berkata “beliau ialah seorang yang membezakan antara haq dan batil.Semoga kebaikan untuknya,rasulnya dan para sahabatnya.”Hajjaj bertanya pula mengenai Osman.Said menjawab “beliau telah dibunuh orang secara zalim,menyumbang alat peperangan dan juga menantu Rasulullah.Kemudian Hajjaj bertanya tentang Ali.Said pun menjawab “Beliau sepupu Rasulullah,kanak-kanak pertama memeluk Islam,suami kepada Fatimah dan ayah kepada Hassa dan Hussein.”Bertanya Hajjaj mengenai Muawwiyah.Siad menjawab “Sesungguhnya aku terlalu sibuk dengan diriku sehinggakan tiada masa untuk aku memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat tambahan menentukan amalan-amalan mereka.Akhir sekali Hajjaj meminta pandangan Said mengenai dirinya.Said menjawab “sesungguhnya engkau lebih mengetahui diri engkau berbanding aku.”Dengan nada yang tinggi,Hajjaj berkata “khabarkan!apa yang kau tahu tentang diriku.” Jawab Said “Jika aku khabarkan ianya tidak akan menggembirakanmu.” Hajjaj tetap mendesak Said supaya memberitahu apa yang Said tahu mengenainya.Hajjaj berkata “Sungguh Allah akan mengampuniku apabila engkau memaafkanku.”Said berkata “Sesungguhnya aku mengetahui,sesungguhnya engkau bertentangan dengan kitab Allah,
melakukan sesuatu agar engkau digeruni dengan membuat kebinasaan dan kemusnahan.Ketahuilah hal ini,wahai Hajjaj.Dengan perasaan yang marah “celakalah engkau,wahai Said”.Said berkata “orang yang celaka itu ialah orang yang dikeluarkan dari syurga dan dimasukkan ke dalam neraka”.Hajjaj tertawa mendengar kata-kata Said itu.Kemudian Hajjaj bertanya “Kenapa engkau tidak ketawa?”.Jawab Said “Bagaimana aku mampu ketawa,sedangkanakua ialah makhluk yang diciptakan dari tanah dan tanah itu ialah makanan api”.Kemudian Hajjaj bertanya “Apakah yang membuatku ketawa?”.Jawab Said “Sesungguhnya hati manusia tidak sama.

Hajjaj berkata “Demi Allah ,aku akan bunuh engkau dengan satu pembunuhan yang tidak pernah dilakukan sebelum dan selepas engkau.” Said berkata “Jika engkau merosakkan duniaku akan aku rosakkan dunia engkau”.Berkata Hajjaj “pilihlah wahai Said,cara pembunuhan yang mana yang engkau hendak aku jatuhkan terhadapmu”.Said berkata “Pilih sendirilah Hajjaj,demi Allah,apa cara yang engkau gunakan untuk membunuhku nescaya engkau akan diperlakukan oleh Allah sama sepertiku pada hari Akhirat.”Hajjaj bertanya “Adakah engkau hendak aku memaafkan engkau?”Jawab Said “Jika ada kemaafan hanya datang daripada Allah,dan adapun engkau tidak dapat memberi kebebasan dan keuzuran.”Mendengar kata-kata itu,Hajjaj berasa marah dan berkata “Pergilah!dan bunuhlah dia”.

Said keluar sambil ketawa dan hal itu dikhabarkan kepada Hajjaj.Kemudian diarahnya Said kembali kepadanya.Hajjaj bertanya “Apa yang engkau ketawakan?”Said menjawab “Aku berasa hairan dengan keberanian engkau menentang Allah padahal Allah mengasihi engkau.Kemudian Hajjaj membentangkan satu hamparan,lalu berkata “pancunglah dia!” Said berkata “Aku menghadap wajahku kepada pencipta langit dan bumidan aku bukan dari golongan orang musyrik”.Hajjaj berasa marah,lalu berkata “Ikatlah dia dan palinglah dia dari kiblatnya.”Said berkata “Kearah manapun aku masih menghadap Allah”.Hajjaj bertambah marah dan berkata “Telangkupkanlah wajahnya!”,Sid menjawab “Daripadanyalah kami diciptakan dan kepadanyalah kami dikembalikan”.Dengan perasaan marah,Hajjaj berkata “Pancunglah dia!”.Said pun mengucapkan dua kalimah syahadah lalu berkata, “ambillah dariku sehingga kita bertemu pada hari Kiamat,seraya berdoa :Ya Allah,Ya Tuhanku ,janganlah engkau memberi kekuasaan terhadap Hajjaj ke atas orang lain sebagaimana yang telah dia lakukan terhadapku.

Dan dipancunglah Said di atas hamparan tersebut (satu tempat untuk memancung).Selepas 15 tahun kemudian, Hajjaj hidup dalam keadan yang amat sengsara.Keadaannya yang tidak tenteram dan tidak keruan seolah-olah daia melihat kesalahannya yang tidak berperikemanusiaan itu.Akhirnya, dia meninggal dunia kerana tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggungnya itu.

Sabtu, 27 Jun 2009

kenangan terindah buatku..

SEMOGA UMRAH INI DITERIMA OLEH ALLAH,(2009)


selepas menunaikan umrah qodum

Lawatan ke Jabal Rahmah, bukit penemuan diantara Nabi Adam dan Hawa
Wajah kubah hijau Masjidil Nabawiyyah

Wajah dari sudut kanan MASJID NABAWI

Gambar hadapan pintu Masjid Nabawiyyah

Isnin, 22 Jun 2009

Lambaianku dikelambu ka'bah

Assalamualaikum,ana nak kongsi dengan sahabat semua ,emm baru ni cuti fasal sani,ana ambik keputusan pergi ke Mekah menunaikan umrah ,alhamdulillah besyukur pada Allah segalanya berjalan dengan baik moga umrah ana dan jua ahli jamaah tahun ni diterima ibadat umrah ,ameen rasa sebak sangat ,tidak terkata kali pertama menjejakan kaki ditanah haram,telalu hina sangat rasa hati ni siapalah diri ni nak menghadap ROB yang maha agong tapi Allah maha pemurah dan maha kaya rahmatnya pada hambanya,walaupun kita sering melakukan dosa tapi Allah sentiasa memberi peluang buat kita,ana besyukur sangat.mengalir air mata bila kenangkan Rasullullah dan jua sahabat besusah payah berjuang bermati -matian demi Deen Islam yang kita anuti,telalu jauh sangat perjalan dari Mekah ke Madinah ,mengambil masa kurang-kurang tujuh jam menaiki bas ,cuba bayangkan Nabi dan para sahabat naik unta ada jua yang berjalan kaki ,golongan tua ,kanak-kanak dan wnita,mereka berhijrah demi islam meninggalkn tanah yang tercinta segala harta peliharaan mereka segalanya demi Islam,tidak terbayang telalu luhur jiwa mereka ,ana naik baspun lengoh habis badan dan bengkak kaki berada dalam bas yang dingin dan kerusi empuk,itupun rasa sakit,bagaimana Rasulullah dan sahabat,Ya A llah telalu hebat iman mereka.Pada sahabat semua nanti jika ada rezeki dan kelapangan masa datang la menunaikan umrah atau haji,lihat la tempat bermulanya sejarah Islam terlalu agong sanagt,seronok bila kita melihat dengan mata hati ,imbaulah sejarah ketamadunan islam dahulu yang mana Islam penah menakluki tiga 3/4 dunia,bagaiman usaha gigih para mujahid Islam ketika itu,kita kini telalu munai mendapat Islam ,bersyukurlah pada Allah kerana memilih kita sebagai hambanya,ana nak kongsi gambar masa ana di Madinah dan Mekah,lain kali kalau ada kelapangan ana kongsi pengalaman pulak,insyallah...

Isnin, 8 Jun 2009

Bicara hati..

"Adakah Kita Seorang Islam"

Nukilan dari sahabatku..

"Adakah Kita Seorang Islam"

Peringatan buat diriku yang sering lupa........Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir...

Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya di sisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam anjuran Islam.

Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana Zain... ??? Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???

Apakah kita begitu yakin utk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya utk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ...
** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kitaa solat ...
** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ...
** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ...
** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ...
** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...
** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ...
** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ...
** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ...
** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. Betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA yang paling JAUH...... sejauh bintang Surayya...

Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI!!!!

Siapa kita????
Kita adalah hambaNya.


Wallahu'alam

Jom mengenali jiwa lelaki.


Jgn sangka laki2 jahat tau

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan
ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih
mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung
sesiapa...lengang, sepi!
 
Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada
ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat
kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah
menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.
 
Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun
mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut,
tanpa disedar, dah tertinggal.
 
Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.
 
Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra..... menjerit sekuat hati,
cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.
 
So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung
berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start
lah letih dan menangis panggil mak ayah.
 
Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so
dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan
lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia
tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.
 
berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di
selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda
didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...
 
Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia
je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.
 
Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu
tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain
digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.
 
Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup
seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak
renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.
 
Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus
bakar jarinya satu persatu.
 
Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa
lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut...
Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi....??????
 
Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.
 
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat
mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki
sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan 
takut amat lah sangat.
 
Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar
sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si
bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan
bertanya kenapa...???
 
So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan
cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah
tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. 
Disebab
kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau
membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari
berfikir memperkosa perempuan tersebut.
 
Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut
jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada
lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya
perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur
di katil nya 2 malam yang
sudah.
 
MOTIF CERITA
Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan
benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan
halal seumur hidup.

Ahad, 7 Jun 2009

Exam fasal sani memberi suntikan baru buatku..

Bermula langkahku di bumi ambiak ini,segala ujian dan ranjau di bumi lautan pasir ini,segala bebanan harapan tok ,mak dan keluarga yang ku pikul selama ini menjadi azimat keteguhan hatiku.Minggu lepas adalah minggu petempuranku selama empat bulan ku buat persiapan yang penuh rapi, segalanya kemahiran kugunakan didalam petempuran imtihan nihae ini ,pergantungan hati dan sepenuh jiwa kepada Allah.Alhamdulillah segala usaha penat lelah telah terbayar dengan natijah yang Allah berikan,ku bersyukur dengan segala pemberianya,fasal ini menjadi penyuntik semangat buatku, untuk ku teruskan perjuangan ini.


Sekarang nie time ana cuti fasal ,emm macam-macam laa program pelajar mu'tah, ada yang ambik kesempatan cuti ni untuk berjalan ke Mesir ,syria, Lubnan ,ke Mekah buat umrah dan ada juga duk dalam bilik jaa hik2 duk bina badan,fasal awal lepas ana pergi talaqi di syiria ,rasa fasal nie ana banyak jalan laa,kemari dulu pergi petra wadi rum ,kahfi dan kemarin pergi laut mati,emm hari nie rehat jaa kat uamah,dalam rancanagan tu,ana nak pergi ke mekah buat umrah nak buat ibadat ,mintak Allah beri kekuatan pada ana dan ahli keluarga ana dan shabat -sahabat ana,emm ana rasa cuti fasal sani nie ana terisi juga dengan benda yang berfaedah,alhamdlillah.insyallah nanti balik Mekah ana cerita pengalaman ana disana . Sekarang ana rasa ana da banyak berubah ana lemah sangat rasa jauh sangat dari Allah.Ana nak usaha kembalikan rasa cinta yang hakiki kembali,doakan ana agar ana kuat hadapi ujian hidup.

Adik adik ku.....