abyat minal albi

Meh join....

Jumaat, 29 Mei 2009

Kini segala impian dan cita-cita dapat ku capai,,,,

UNIVERSITI MU'TAH JORDAN 08/09













QO'AH ADAB QOSIM LUGHAH ARABIAH




MABNA ADAB MU'TAH









3
الملتقى الاعلامي الأول من 1-31/5/2009

مؤتة توقع اتفاقية للتبادل الأكاديمي مع رابطة الكليات الماليزية

جامعة مؤتة توقع اتفاقية مع الشركة الأردنية الحديثة المتميزة لتكنولوجيا المعلومات لتوريد أجهزة حاسوب

ندوة بعنوان "رؤية مختلفة لدور المرأة في منظومة النهضة الحضارية "

على الطلبة الذين حصلوا على جهاز محمول مراجعة عمادة شؤون الطلبة - دائرة الخدمات الطلابية لتعبئة استبيان قياس اثر مبادرة حاسوب محمول لكل طالب (2009)

تعلن جامعة مؤتة عن حاجة كلية علوم الرياضة لتعيين أعضاء هيئة تدريس في تخصص سباحة

التقييم الالكتروني لأداء أعضاء الهيئة التدريسية في جامعة مؤتة

اعلان هام لطلبة الدراسات العليا

بدء التسجيل في المدرسة النموذجيه للصف الاول

ON-LINE REGISTRATION

PROCEDURES &FEES

REG&FINANCE ANNOUNCEMENTS





SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN KU KECAPI ..


Ameen,,

Khamis, 28 Mei 2009

MATRI dalam kenangankuu.....

                                          SYEKH SAMEH AL MISRI,07/08
                                           

                 murobbi marhalah khassah sani, lughah arabiah



                             ANA dan adik dorm huffaz ,wajah pelapis.. 


                                                     PINTU GERBANG MATRI 07/08

MATRI Perlis


Sedikit pengenalan mengenai  



(MATRI).

Ma'had atTarbiyah alIslamiyah | MATRI
Logo MATRI
PrincipalalFadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain
School typePrivate boarding school
Founded20th August 1987
LocationBeseriPerlisMalaysia
School MottoUlama' Warasatul Anbiya

Ma’had atTarbiyah al-Islamiyah, commonly known as MATRI is the only private religious school in Perlis. Founded in 1987 by alFadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain, MATRI celebrated its two decades of existence in May 2008 with the visit of over 10,000 visitors from all over Malaysia. The Menteri Besar, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu came to this grand celebration.

MATRI is located in Tunjung Village, Beseri, Perlis in Malaysia. Situated nearby a rubber plantation, MATRI is surrounded by greenery, with mountains as a background. This 16.2-hectare-school is accessible by road 14 kilometres from Kangar, the capital of Perlis. In 2008 there were 817 students in 34 classes.  MA'HAD AT-TARBIYYAH ISLAMIYYAH (MATRI) KG,TUNJONG BESERI PERLIS    DARUL SUNNAH,

Ku sangat merindui mu SMRT, SMIDU ,MATRI.......




 SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-TOYYIBAH AD -DINIAH AL -ISLAMIAH,CHANGLOON
 KEDAH DARUL AMAN
 2002 hingga 2004

sebeluam ana menjejak kaki ke alam 
remaja,penah ana terdetik dalam hati ana ,ana ingin menjadi seorang yang
 faqeh dalam bahasa arab j
uga ilmu agama,berkat usaha dan dorongan tok ana,ana masuk sek nie,disini bermula la zaman ana menganali segalanya ,pelbagai ana pelajari selama 3tahun di sini,sek nie macam pondok juga laa sistem pengajian,tapi bernizam moden(pondok moden )
xda PMR,tp ana dan sahaba
t kelas ana ,kami
 ambik juga PMR masa 3ikdadi,ana besyukur sangat masa tuu ,hanya ALLAH  ja tahu hati ana,ana jadi cinta sangat nak mengkaji dan belajar
 deniyyah,alhamdullah syukur Allah beri hidayah
 pada ana,segalanya kehidupan ana berubah setelah ana diasuh selama 3tahun disitu,segal
a memori ana besama ustazah yang tidak penat lelah mengajar ana,ustaz-ustaz yang amat mengambil berat tentang ana,nak tahu semau us
tazah ana,anggap ana nie macam adik sampai sekarang ana masih berhubung bertanya kabar,dianatranya ustazah Masriah ,ustazah Asiah,cikgu Yusrina , ustaz Nazri ,ustaz Mokhtar dan ustaz Yussuf ,merekalah yang bayak beri tunjuk ajar  ana masa di situ,ana ucapkan bejuta2 terima kasih atas pengorbanan mereka ,moga kehidupan mereka disinari rahmad Ilahi selalu.Moga ilmu yang dikau curahkan padaku menjadi izimat buat ku didunia dan akhirat
,ameen.




SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM AS-SANAWIYYAH AL-ISLAMIYYAH,POKOK SENA KEDAH DARUL 
                       AMAN                             
 
  Akhowat 3thanawi

shabab 3thanawi


     Adik 1 ikdadi bukhari ,pelapis 08/09


Dulu kini dan akan datang...


                                                RANTAIAN PEJUANGAN INI   

                             
                                     TADIKA KEMAS ,KG BARU JALAN SINTOK KEDAH

ku mula mengenal manusia dan mengenal huruf jua bahasa,adab ,agama,masa tu ana suka main gusti anak patong,coz masatu cikgu beli tilam spring,hik2 lawak betul masa tuu,asyik ingat nak main ja.
masa nie umo ana 6tahun.Ana tak belajarpun tapi pergi tadika sebab ramai kawan-kawan .

                                                                       1995 hingg 1996



                         SEK REN DATO WAN KEMARA ,CHANGLOON KEDAH DARUL AMAN.

sejarah ku mula  disini,segala pahit ,manis ,masam,kelat kurasai selama 6 tahun,seronok masa dulu zaman kanak-kanak mengajarku erti bahagia dan suka duka.Macam-macam laa pengalaman ana masa sek rendah ni,yang ana ingat ana nie suka kawan dengan budak pompuan laaa coz masa tuu darjah 1 sampai darjah 3,pastu ana naik darjah 4 ,ana da tak kawan da,rasa malu lakk.Sebenarnya banyak ana nak kongsi tapi ana segan laa,hik3 sikit-sikit boleh laa,sek rendah ana selalu kena tibai dengan cikgu disiplin nama cikgu tu ,cikgu Shuting ,dia orang siam ,tu laa plik nama dia,tapi ana nie takla nakal sangat cuma kadang-kadang je.Sampai ana darjah 6,ana ambik UPSR,alhmdullah mantob laa juga keputusan   tuu,boleh makan jaa,hik2                      

1996 sehingga 2001.


nanti kalau ada masa ana sambung cerita lagi..da masuk waktu asar laa.

Rabu, 20 Mei 2009

MENERJAH ARDUL AMBIA'''

                                             Salji di syiria ....muka letih sikit syok men salji
                                                         Salji di Mu'tah jordan 08/09
                                                     SYAYOOOOOKKKK!!!! BEST Giler.
                                        Baru sampai .ziarah makam JA'FAR AT- TOYYAR
                                          Depan pintu gerbang masjid Mazar,JORDAN.08/09

                                         Selepas solat di Masjid MAZAR (Jordan)08/09

Ahad, 17 Mei 2009

PELAJAR MUSLIM CONTOH…

 

Dunia dewasa kini manusia terlalu leka dan terlalu sebok dengan dunia masing –masing ,sehingga merasakan kejaya mereka segala –galanya ,hidup penuh dengan kerja duniawi sehingga lupa amalan ukhrowi,sedangkan amalan duniawi akan deredhoi jika disematkan dengan niat yang luhur hanyalah kerana Sang pencipta,kerana apa yang dikecapi didunia ini hanyalah milikNya,tiada satupun milik kita  sehinggakan air mata yang menglir tika kekecewaan jua milikNya,.kita selalu merasakan apa yang ada adalah hak mutlak diri kita sehingga lupa siapa diri kita,terlalu kerdil jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain,dimana kita sekarang cuba kita renungkan? Layakkah kita kecapi nikmat ilahi dalam hidup ini? Jika kita rasakan layak apa yang telah kita lakukan untuk membalas apa yang Allah berikan pada kita,walaupun Dia tidak penah meminta, Dialah pencipta,jua mentadbir alam ini ,adakah kita sedar DIA  jua menjaga kita ,tika kita dalam kandungan ibu selama 9bualan ,adakah kita sedar Dia jua menjaga kita ,tika kita tidur nyenyak,sedarkah Dia jualah yang menjaga hati kita dan kelekaan kita darinya.Tapi kita sering kali lupa dariNya sering kali mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan.Tidakah kita merasa malu denganNYA????

 

Tepuk dada tanyalah imanmu ,,,diruangan ini ana mengajak marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berfikir sejenak apakah tujuan hidup ini,matalamat yang sering kali kita keliru kerana dunia yang sering menipu,sekarang kita perlu sedar kita adalah hambaNya dan perlu sedar tujuan hidup ini adala untuk mencari keredhaanNYA,tanggung jawab kita kini adalah sebagai penuntud ilmu,sedanrkah apa yang dikejar itu adalah jua miliknya,ilmu Allah terlalu luas tiada penghujungnya.ketahuailah segala kemodenan kecanggihan dewasa kini baru sedikit yang kita kuasai ,sesungguhnya kemoden yang kita agungkan ini,disisi Allah telalu kecil jika igin dibandingkan degan ciptaanNya.Jikalah dihimpunkan semua ahli ilmuan ,cuba datangkan ayat sepertimana Al qur’an nescaya tidak mampu dilakukan,ini menunjukan bahawasanya segala ciptaan yang ada tidak setanding dengan ciptaan Allah,jadi sedarkah siapa diri kita ini,saya percaya semua pembaca mengenali diri dan apa tujuan hidup ini,jikalah kita menyedari segalanya nescaya tidak langsung diri kita akan menjadi insan yang luar biasa dalam semua aspek kehidupan

 

Institusi pendidikan diwujudkan kerana adanya penuntut manakala guru-guru menjalan tugasnya untukmenyediakan manusia yang dapat membangunkan tanah air.

 

Dengan itu perlu kita menunjukan contoh yang baik kepada penuntut Muslim sebagai ikutan kepada anak-anak yanag lain.Begitu juga dengan penuntud perempuan merupakan sebahagian dari masyarakat dan mempunyai peranannya yang penting dalam membentuk generasi dan menegakan keluarga Isalam bagi membina masyrakat dan negara Islam.

 

Pertama ,sebagai penuntut muslim contoh perlulah membetulkan niat dan tujuan beljar .Di kalangan  kebanyakan penuntut , tujuan  belajar ialah untuk mendapat sjil yang mna padanya membolehkan memegang jawatan dana dapat menyara hidup semata-mata,tetapi perlulah kita sedar Isalam menghendaki segala niat atau tindak tanduk ialah untuk memberi sumbangan terhadap islam dan orang islam.Niat yang begini menjadikan pelajar itu salah satu cara mendekatkan  diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang telah diluahkan .Oleh itu kita perlu berusaha agar diri kita menjadi salah seorang dari pelajar yang memikirkan masa depan Islam.

 

Pelajar muslim contoh juga  hendaklah membetulkan pandangan kepada pelajaran dan ia bukan semata –semata penguasaan akal tentang maklumat –maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan akhir tahun,,tetapi maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan akhir tahun ,tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan pribadi terpelajar yang membina ilmunya,boleh memberi faedah kepaa kehidupan manusia,dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungan apa yang dipelajari dengan kehidupanya dengan kehidupan .Penuntut Islam juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlaq adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari ajaran islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan.Mereka juga hendaklah  mengetahuai adab-adab Islam dan ajaran-ajaran  dan memaksa dirinya untuk mengetahui,membiasakan diri dengan sifat benar,amanah ,berlemah lembut dan menjauhakan segala akhlak yang dikeji .Dan yang paling nyata sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang, berbuat baik terhadap dua ibu bapa ,berbaik-baik hubungan dengan keluarga dan kawan-kawannya.

 

Penuntut Muslim contoh hendaklah pandai memilih kawan dari kalangan kawan-kawannya ,seharusnya memilih kawan yang soleh dan tidak bercampur –gaul dengan orang yang jahat.Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal,jangan samapai membuang masa pelajaran..

 

Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar ,mengulangkaji,tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang telah ditetapkan itu.Jangan biarkan masa masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan –urusan lain,alat sebaran  dan lain-lain keadaan yang menghabiskan masa .Solat hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya,kerana menunaikan solat adalah sebagai pembaharuan tenaga dan memohon pertolongan  dari Allah .Perlu diigatkan diigatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.

 

Ramai penuntut yang tidak mengambik berat terhadap pelajarannya di awal pengajian dan masa dibuang begitu sahaja ,mereka menggantikan masa yang dibuang itu diakhir tahun dengan berjaga sepanjang malam .Ini adalah satau kesalahan yang besar bagi penuntut Muslim contoh dan patut jauh dari sifat begitu.Waktu  hendaklah diataur  sejak dari awal pengajaian lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.

 

Pelajar  Muslim contoh hendakalah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman ,pembersihan hati dari dendam dan hasad ,pemarah dan takabbur,terpedaya dan setiap yang dimurkai Allah .Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan ,pakaian ,tempat  tidur ,meja tulis dan buku-bukunya.

 

Kita hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-guru dan jangan tidak hadir kekuliah kecuali berlaku keuzuran yang kuat.Fikirkanya hendaklah sentiasa awas (memberi tumpuan ) ketika mengikuti pengajian,tidak terganggu dengan urusan lain ,kerana jika guru itu dapat dikuasainya ini akan dapat menolongnya .Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak hadir kuliah atau tidak mengambil berat kuliah guru,tentunya ada disetengah –setengah tempat yang kurang jelas atau tidak faham.Lebih baiklagi jika kita dapat membaca pelajaran itu sebelum disyarahkan oleh guru.Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang kurang di fahami.

 

Kita hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajar itu ada hubungan anatara satu sama lain .Kebiasaanya sesuatu pelajran yang sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya difahami lagi.Oleh itu kita sebai pelajar jangan segan silu untuk bertanya dan berbincang sesame rakan ,jika ada masalah yang tidak dapt diselesaikan maka wajarlah untuk berjumpa dengan guru .Bagi memudahkan dalam penguasaan seperti nahu ,sorof ,mantiq dan segala cabang ilmu yang mempunyai fomula hendaklah dibuat ringkasan untuk difahami dan dapat dihadam dengan baik.

 

Sebagai penuntut muslim contoh kita wajarlah melazimi dan mengamalkan zikirullah setiap hari dan penuhi waktu kekosongan dengan bacaan Al-qur’an dan selalu berdoa agar dijauhkan dari gangguan syaitan .Segala amalan ,belajar menjawab ketika peperiksaan hendaklah dimulakan dengan bacaan BISMILLA..dan memohon pertolongan dari Allah.segala usaha dalam mengejar ilmu hendakalah ikhlas dan bergantung harap pada Allah semata-mata,kerana ilmu aalah cahaya yang bersih lagi mulia,jadi jika kita ingin ilmu dan keberkatan dalam kehidupan maka hormatilah ilmu dan para muallim,dekati para ulama.Adab menuntut ilmu yang perlu kita ambik perhatian selepas segalanya dilakukan maka ilmi itu wajib diamalkan didalam kehidupan seharian  ,seperti hadis Nabi yang berbunyi:(Ilmu jika tidak diamal seperti pohon yang tidak berbuah).Manfaatlah ilmu yang kita pelajari kejalan yang diredhoi Allah ,tiada kebaikan jika segala amalan kita tidak memperolehi keredhoan dariNYA.

 

Akhirnya sebagai muslim  kita perlulah berpegang dengan apa yang telah tersebut dahulu iaitu menjaga sifat muslim dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Isalam yang semperna dari segi rupa bentuk dan menjauhkan pa yang dilarang oleh syara’semoga setiap kehidupan kita mendapat ganjaran dari Allah dan memperolehi keimanan yang kukuh untuk mengharungi zaman yang penuh ranjau ini.

 

Ku tinggalkan kepada semua pembaca dengan kata Imam Hassan AL – Banna:

 

POHONLAH KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRATMU ,JIHAT DAN DAKWAHMU,CITA –CITA DAN HARAPANMU ,BERDOALAH UNTUK WATAN KAMU DAN KAUM KELUARAGA KAMU,UNTUK DIRIMU DAN SAUDARA MARA KAMU,SESUNGGUHNYA TIDAK BERLAKU KEJAYAAN ITU MELAINKAN DARI SISI ALLAH YANG MAHA MULIA  LAGI MAHA BIJAKSANA.

Jumaat, 15 Mei 2009

WASIAT DARI BAGINDA...

13 Wasiat Rasulullah kepada Saiyidina Ali

  • IBNU ABBAS ra meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
  • 1 Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat. dijari telunjuk dan dijari tengah
  • 2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah . Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
  • 3. Hai Ali sesungguhnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli fainahu Iayaghfirul-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".
  • 4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab(dusta) itu celaka.
  • 5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajikan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
  • 6. Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan Allah permainna sumpah engkau, Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
  • 7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
  • 8. Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah.. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
  • 9. Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
  • 10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
  • 11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah.
  • 12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
  • 13. Hai Ali, perbaikanlah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
  • 14. Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan.

Petua dulu kala......


Petua1 : Anak Fasih Bercakap Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah... Petua2 : Inginkan Anak Putih 1 Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya. Petua3 : Inginkan Anak Putih 2 Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih. Petua4 : Awet Muda Asalammualaikum......... Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda.Selamat mencuba petua ini...OK.. Petua 5: Masalah Bau Badan Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil. jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih.... Petua : Awet Muda Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain Petua : Pembersihan Dalaman Badan Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah.. Petua : Bibir merah semulajadi Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
P/S: SEMOGA APA YANG KITA USAHAKAN ATAS BIMBINGAN DARI AL -QUR'AN DAN HADIS .SEMOGA BERMANFAAT BUAT KALIAN,,,

PETUA ORANG TUA-TUA...

Petua : Mencapai Impian
Segala apa yang berlaku adalah dengan qada dan qadar Allah s.w.t.Tetapi kita sebagai manusia adalah disuruh berikhtiar dan bertawakal kepadaNYA.Seperti fizikal jika selalu dilatih akan menghasil bentuk badan yang cantik,begitu juga dengan fikiran ( minda ).Mula2 duduk bersila genggam tangan dengan ibu jari digenggamkan , kemudian tarik nafas melalui hidung,simpan ( tahan ) nafas antara kemaluan dan pusat ,kosongkan fikiran tumpukan kepada apa yang anda inginkan kemudian lepas nafas perlahan-lahan,ulang untuk beberapa kali yang anda mampu,amalkan setiap masa terutama waktu sunyi sehingga apa yang anda impikan tercapai ( baik yang di minta...baik yang dapat dan sebaliknya kerana Allah adalah maha pemurah ).

Isnin, 11 Mei 2009

Hari ini menjadi kenangan manis buatku .....


salam apa kabar semua...... hari ni sakit habih badan ana,hik hik berentap tadi di syuun talabah,hari nie ada makrot ,best gakk laa.Hari ini setiap negara yang stady di Jamiah Mu'tah nie,seperti MALAYSIA ,THAILAND , INDONESIA,PLASTIN,MEKKAH,MADINAH,YAMAN,OMAN DAN QOTAR,hari ni 3 buah negara buat persembahan,mula-mula tu dari jordan sendiri pastu indonesia ,,nie laa ana nak cerita nie ,masa ana buat persembahan pembuka tadi aduuuu aiii ramai sagat orang arab ,macam berebut nak tegok ana ja,takut gak,,hik hik3,,,, pastu ana dan kumpulan silat melayu jordan buat la persembahan ,sakait kena tendang ,flying kitt ,,hik2 dari hamzah,best gak lawan hik3,bukan senang nak lawan nie silap teknik tercedera,tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar,gerai marot melaysia tak jemu2 sampai petang orang melawat,,,hik3 baguih laa,nanti orang arab kenal da malaysia,,insyallah tak kena kutuk lagi kot,coz orang arab jordan ingat kita orang melayu nie macam red indian taww ,ingat kita xmaju laa,bila depa tengok,,emmmmmm semua kagum,alahmdulillah,,,tapi sapapun kita,arab ke melayu ke apa laa bangsa yang ada kat dunia nie yang mentauhidkan Allah maka kita bersaudara,seperti sabda nabi :sesungguhnya mukmin itu bersaudara dan sabda nabi lagi: mafhumnya:tidak beriman seorang itu selagimana ia tidak mengasihiku seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.sungguh kuatkan ukhwahalhamdulillah tadi ana bayak laaa kenai arab ,yang mana dulu belagak tak nak cakap bila kita tunjukan kebolehan ,terus mereka dekati,ana harab apa yang terjadi hari ni bukan sekadar memenuhi ruangan kamus hidup ana,tapi ana berharap menjadi memory yanag indah dan pengalaman buat ana untuk hadapi lautan yang bakal ku terjah......

Ahad, 10 Mei 2009

PANTUN MALAS SOLAT.

Apasal la engkau malas sembahyang,

Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh

luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,

Main bola engkau sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,

Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,

Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,

Siksa neraka cuba la engkau bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang

!!