abyat minal albi

Meh join....

Selasa, 6 Oktober 2009

TAKUT UNTUK BERUBAH

Kebanyakan manusia sebenarnya takut dan sukar menerima perubahan walaupun pada zahirnya mereka sangat inginkan perubahan. Kalau kita tanyakan dari hati ke hati....ketua perompak sekalipun ada hajat dan keinginan untuk jadi baik. Pernah ada seorang kawan saya (kawan saya ni orang yang hidup agak bebas dan sosial: sudah terbiasa dengan arak, dadah, zina dan pergaulan bebas) katanya " Mi ! kalau di farmasi tu ada sejenis ubat kalau kita makan saja kita terus jadi baik, jadi soleh...berapa saja harganya aku sanggup beli, kalau harganya terlalu mahal aku sanggup pula bekerja keras untuk mendapatkannya" Lalu saya menjawab ' Din (bukan nama sebenar) kalau betul ada ubat sebegitu...orang macam Fir'aun pun akan beli begitu juga ketua perompak. Tapi sayang perubahan kepada kebaikan tak akan berlaku secara mukjizat...kita yang bertanggungjawab untuk berubah dan semua itu ada harga yang kita perlu bayar".

Inilah hakikatnya....semua manusia inginkan perubahan tetapi tidak sanggup pula untuk membayar harganya (pengorbanan dan kepayahan). Kita inginkan perubahan instant dan mudah sedangkan perubahan tidak semudah yang diharapkan.

“Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi, ‘Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan suatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Tiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya, Kejayaan tak akan diraih dengan kesenangan dan kenikmatan kerana kesenangan dan kenikmatan itu hanya akan datang selepas kejayaan bukan sebelumnya."

Persoalannya kenapa perubahan itu terlalu sukar? Sebenarnya perubahan menuntut kita untuk meninggalkan sesuatu tabi'at atau kebiasaan yang salah kepada yang betul. Untuk merubah tabi'at atau kebiasaan-kebiasaan yang sudah mendarah daging dalam jiwa kita bukanlah sesuatu yang mudah melainkan kita benar-benar menjiwai sebab atau alasan untuk kita berubah. Oleh itu perubahan sebenarnya bermula dari dalam diri kita iaitu apabila kita membina matlamat hidup yang jelas hingga kita sanggup bekorban untuk mencapai apa yang kita hajati. Tanpa memilik kejelasan matlamat ini adalah terlalu sukar untuk kita berubah.

0 ulasan: