abyat minal albi

Meh join....

Selasa, 6 Oktober 2009

Hitam Putih Kehidupan

August 1, 2007

Kehidupan tidak benar-benar mengelirukan kita. Yang hitam dan yang putih memang terlalu ketara bezanya cuma kita tidak benar-benar bersedia untuk membuat keputusan yang betul. Kesenangan menjadikan kita sentiasa memilih jalan yang mudah dan ringkas walaupun kita tahu hasilnya ialah penyesalan. Kemewahan menjadikan hati kita keras dan hilang kepekaan hingga kita tidak menghiraukan natijah yang bakal kita terima. Dunia dan hajat yang tinggi kepadanya menjadikan kita sentiasa mengutamakan pandangan masyarakat dari pandangan kebenaran. Kita takut dikeji dan diperlekeh hingga kita terpaksa korbankan prinsip hidup kita.

"Tidak ada paksaan dalam agama, tetapi telah jelas antara petunjuk dan kesesatan. Sesiapa yang mengkufuri Taghut (Sistem yang berlawanan dengan kehendak Allah SWT) dan beriman dengan Allah, maka dia telah berpegang pada tali yang kukuh dan tak akan terputus . Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" (Al Baqarah:256)

Inilah realiti kehidupan kita...hanya ada dua pilihan ... HITAM & PUTIH, mana satu yang jadi pilihan kita. Life Is About Making A Decision mungkin inilah adalah pepatah yang menggambarkan hakikat ini. Sayangnya tak semua yang mampu membuat pilihan yang betul walaupun dapat membezakan antara keduanya. Segalanya terletak kepada kekuatan jiwa dan keimanan kita kerana kekuatan jiwa yang lahir daripada kekuatan iman inilah kekuatan tunggal yang dapat meleburkan berhala keegoan yang teguh di dalam jiwa kita.

Kegoaan inilah yang menjadi penghalang antara kita dan kebenaran. Keimanan inilah satu-satunya harapan untuk kita menyelamatkan akhirat kita. Oleh itu pokok pangkalnya berbalik kepada IMAN. Kita telah melihat bagaimana Saidina Umar yang pernah membunuh anaknya hidup-hidup dan menyembah tuhan yang dibuatnya sendiri namun setelah ayat-ayat Allah meleburkan keegoannya lalu dia tunduk dan menjadi mukmin yang hebat. Begitu juga Abu jahal yang menrupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW namun kerana kegoan menguasai dirinya dia tetap diatas kekufuran sedangkan dialah anatara orang menyambut kelahiran baginda rasulullah SAW dengan penuh kegimbaraan hinggakan hambanya yang menyampaikan berita kelahiran anak saudaranya itu dimerdekakan serta merta.

Inilah sebenarnya hitam putih kehidupan kita.... Keimanan dan Keegoan, Kebenaran dan Kepalsuan, ketundukan dan kekufuran.....

0 ulasan: