abyat minal albi

Meh join....

Selasa, 30 Jun 2009

Mauqif siroh buat pedoman..


SAID BIN JUBAIR

Said bin Jubair ialah seorang pemuda yang faqih dan wara’.Kewara’kan dan kebaikannya telah tersebar sehingga diketahui oleh Hajjaj,seorang penguasa yang zalim yang telah membunuh ramai orang soleh pada zaman itu,lalu dihantarkannya seorang utusan pergi bertemu Said.Ketika datangnya utusan itu tahulah Said bahawa pemergiannya ke sana tidak lain hanya untuk dibunuh.Sesungguhnya daripada perasaan itu,Said berdoa kepada Allah s.w.t.dan berdoa kepada-Nya agar dimatikan sebagai seorang syuhada’.

Ketika dalam perjalanan tahulah utusan Hajjaj bahawa orang yang mereka tangkap itu ialah Said,seorang ulama’ terkanal.Utusan itu pun berkata :celakalah kami kerana kami tidak mengetahui bahawa kami diutus untuk menangkap engkau.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian bagi kami.Kami memohon kepada Allah kesejahteraan pada hari Mahsyar kerana engkau tidak selayaknya diadili seperti ini.Said berkata: kamu tidak bersalah terhadapku dan aku redha apa yang kau lakukan terhadapku.Jnganlah kamu menangis sesungguhnya Allah mengetahui apa yang menimpa diriku.

Ketibaan mereka ke istana telah dikhabarkan kepada Hajjaj.Pengawal yang mengiringi Said menghadap Hajjaj menangis melihat keadaan Said ketika bertemu Hajjaj.Hajjaj berkata :”bawalah Said kepadaku”.Utusan itu berkata :”baiklah.Hajjaj berkata lagi:bawa dia masuk.”Ketika Said masuk menghadapnya,segera Hajjaj bertanya siapakah nama kamu?”dengan nada mengejek “namaku Said bin Jubair.”Hujjaj berkata:”awak ialah seorang yang jahat lagi memecahbelahkan.”Said menjawab:”kemungkinan emakku lebih mengetahui namaku berbanding engkau.”Hujjaj marah”engkau tak guna,ibumu seorang yang jahat.”Said menjawab “Allah lebih mengetahui perkara ghaib daripada engkau.”Hajjaj bertambah marah “tukarlah dunia engkau dengan api yang membakar.”Said berkata “kalau aku tahu hal yang demikian itu,sungguh aku akan jadikan engkau tuhan.”Hujjaj bertanya “apakah pandangan engkau terhadap Muhammad?”Said bertanya “maksudmu,Muhammad s.a.w.?”Hajjaj menjawab “ya.”Said menjawab “Baginda seorang penghulu dan berketurunan Adam,Nabi yang terpilih,tiada yang standing dengannya sebelum dan sesudah beliau.”Bertanya Hujjaj “apa pandangan engkau terhadap Abu Bakar.” Jawab Said “Beliau seorang yang siddiq,mengikut jalan yang benar.”Hajjjaj bertanya “bagaimana pula pandangan engkau terhadap Umar?”Said berkata “beliau ialah seorang yang membezakan antara haq dan batil.Semoga kebaikan untuknya,rasulnya dan para sahabatnya.”Hajjaj bertanya pula mengenai Osman.Said menjawab “beliau telah dibunuh orang secara zalim,menyumbang alat peperangan dan juga menantu Rasulullah.Kemudian Hajjaj bertanya tentang Ali.Said pun menjawab “Beliau sepupu Rasulullah,kanak-kanak pertama memeluk Islam,suami kepada Fatimah dan ayah kepada Hassa dan Hussein.”Bertanya Hajjaj mengenai Muawwiyah.Siad menjawab “Sesungguhnya aku terlalu sibuk dengan diriku sehinggakan tiada masa untuk aku memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat tambahan menentukan amalan-amalan mereka.Akhir sekali Hajjaj meminta pandangan Said mengenai dirinya.Said menjawab “sesungguhnya engkau lebih mengetahui diri engkau berbanding aku.”Dengan nada yang tinggi,Hajjaj berkata “khabarkan!apa yang kau tahu tentang diriku.” Jawab Said “Jika aku khabarkan ianya tidak akan menggembirakanmu.” Hajjaj tetap mendesak Said supaya memberitahu apa yang Said tahu mengenainya.Hajjaj berkata “Sungguh Allah akan mengampuniku apabila engkau memaafkanku.”Said berkata “Sesungguhnya aku mengetahui,sesungguhnya engkau bertentangan dengan kitab Allah,
melakukan sesuatu agar engkau digeruni dengan membuat kebinasaan dan kemusnahan.Ketahuilah hal ini,wahai Hajjaj.Dengan perasaan yang marah “celakalah engkau,wahai Said”.Said berkata “orang yang celaka itu ialah orang yang dikeluarkan dari syurga dan dimasukkan ke dalam neraka”.Hajjaj tertawa mendengar kata-kata Said itu.Kemudian Hajjaj bertanya “Kenapa engkau tidak ketawa?”.Jawab Said “Bagaimana aku mampu ketawa,sedangkanakua ialah makhluk yang diciptakan dari tanah dan tanah itu ialah makanan api”.Kemudian Hajjaj bertanya “Apakah yang membuatku ketawa?”.Jawab Said “Sesungguhnya hati manusia tidak sama.

Hajjaj berkata “Demi Allah ,aku akan bunuh engkau dengan satu pembunuhan yang tidak pernah dilakukan sebelum dan selepas engkau.” Said berkata “Jika engkau merosakkan duniaku akan aku rosakkan dunia engkau”.Berkata Hajjaj “pilihlah wahai Said,cara pembunuhan yang mana yang engkau hendak aku jatuhkan terhadapmu”.Said berkata “Pilih sendirilah Hajjaj,demi Allah,apa cara yang engkau gunakan untuk membunuhku nescaya engkau akan diperlakukan oleh Allah sama sepertiku pada hari Akhirat.”Hajjaj bertanya “Adakah engkau hendak aku memaafkan engkau?”Jawab Said “Jika ada kemaafan hanya datang daripada Allah,dan adapun engkau tidak dapat memberi kebebasan dan keuzuran.”Mendengar kata-kata itu,Hajjaj berasa marah dan berkata “Pergilah!dan bunuhlah dia”.

Said keluar sambil ketawa dan hal itu dikhabarkan kepada Hajjaj.Kemudian diarahnya Said kembali kepadanya.Hajjaj bertanya “Apa yang engkau ketawakan?”Said menjawab “Aku berasa hairan dengan keberanian engkau menentang Allah padahal Allah mengasihi engkau.Kemudian Hajjaj membentangkan satu hamparan,lalu berkata “pancunglah dia!” Said berkata “Aku menghadap wajahku kepada pencipta langit dan bumidan aku bukan dari golongan orang musyrik”.Hajjaj berasa marah,lalu berkata “Ikatlah dia dan palinglah dia dari kiblatnya.”Said berkata “Kearah manapun aku masih menghadap Allah”.Hajjaj bertambah marah dan berkata “Telangkupkanlah wajahnya!”,Sid menjawab “Daripadanyalah kami diciptakan dan kepadanyalah kami dikembalikan”.Dengan perasaan marah,Hajjaj berkata “Pancunglah dia!”.Said pun mengucapkan dua kalimah syahadah lalu berkata, “ambillah dariku sehingga kita bertemu pada hari Kiamat,seraya berdoa :Ya Allah,Ya Tuhanku ,janganlah engkau memberi kekuasaan terhadap Hajjaj ke atas orang lain sebagaimana yang telah dia lakukan terhadapku.

Dan dipancunglah Said di atas hamparan tersebut (satu tempat untuk memancung).Selepas 15 tahun kemudian, Hajjaj hidup dalam keadan yang amat sengsara.Keadaannya yang tidak tenteram dan tidak keruan seolah-olah daia melihat kesalahannya yang tidak berperikemanusiaan itu.Akhirnya, dia meninggal dunia kerana tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggungnya itu.

0 ulasan: