abyat minal albi

Meh join....

Isnin, 22 Jun 2009

Lambaianku dikelambu ka'bah

Assalamualaikum,ana nak kongsi dengan sahabat semua ,emm baru ni cuti fasal sani,ana ambik keputusan pergi ke Mekah menunaikan umrah ,alhamdulillah besyukur pada Allah segalanya berjalan dengan baik moga umrah ana dan jua ahli jamaah tahun ni diterima ibadat umrah ,ameen rasa sebak sangat ,tidak terkata kali pertama menjejakan kaki ditanah haram,telalu hina sangat rasa hati ni siapalah diri ni nak menghadap ROB yang maha agong tapi Allah maha pemurah dan maha kaya rahmatnya pada hambanya,walaupun kita sering melakukan dosa tapi Allah sentiasa memberi peluang buat kita,ana besyukur sangat.mengalir air mata bila kenangkan Rasullullah dan jua sahabat besusah payah berjuang bermati -matian demi Deen Islam yang kita anuti,telalu jauh sangat perjalan dari Mekah ke Madinah ,mengambil masa kurang-kurang tujuh jam menaiki bas ,cuba bayangkan Nabi dan para sahabat naik unta ada jua yang berjalan kaki ,golongan tua ,kanak-kanak dan wnita,mereka berhijrah demi islam meninggalkn tanah yang tercinta segala harta peliharaan mereka segalanya demi Islam,tidak terbayang telalu luhur jiwa mereka ,ana naik baspun lengoh habis badan dan bengkak kaki berada dalam bas yang dingin dan kerusi empuk,itupun rasa sakit,bagaimana Rasulullah dan sahabat,Ya A llah telalu hebat iman mereka.Pada sahabat semua nanti jika ada rezeki dan kelapangan masa datang la menunaikan umrah atau haji,lihat la tempat bermulanya sejarah Islam terlalu agong sanagt,seronok bila kita melihat dengan mata hati ,imbaulah sejarah ketamadunan islam dahulu yang mana Islam penah menakluki tiga 3/4 dunia,bagaiman usaha gigih para mujahid Islam ketika itu,kita kini telalu munai mendapat Islam ,bersyukurlah pada Allah kerana memilih kita sebagai hambanya,ana nak kongsi gambar masa ana di Madinah dan Mekah,lain kali kalau ada kelapangan ana kongsi pengalaman pulak,insyallah...

0 ulasan: