abyat minal albi

Meh join....

Rabu, 26 Ogos 2009

Solah bukan 1 makna...

SOLAT: SATU PERINGATAN.

Article ini hanyalah sebagai peringatan kepada saya sendiri dan rakan-rakan yg lain... ... ...

Tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan
kewajipan solat fardhu itu

Ada orang bertanya tentang tafsir ayat yang keempat dan kelima dari
surah 'al-Ma'un. Yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah akan didapati
orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai."

Dalam ayat tersebut Allah SWT telah mencadangkan bahawa neraka
tersebut diperuntukkan bagi orang-orang yang mengerjakan solat, tetapi solat
mereka itu dalam keadaan yang lalai dan lupa.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lalai itu? Jawabnya ada
beberapa perkara yang termasuk di dalam ertikata lalai itu, antaranya
ialah; yang pertamanya: Mereka yang lupa ketika mengerjakan solat
sehingga tidak disedarinya berapa rakaat solat yang sedang
dikerjakannya itu, keduanya: Mereka lalai dengan waktu solat fardhu, ataupun mereka
ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti
sebentar lagi dan sebagainya. Mereka bertangguh-tangguh itu sama ada disebabkan
urusan pekerjaan dan seumpamanya.

Termasuk juga dalam ertikata lalai ialah mereka yang melupakan maksud
sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah SWT, walaupun ia
mendirikan solat namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmat solat itu.

Ibnu Jarir pula mengertikan perkataan lalai itu ialah mereka tidak
bersungguh-sungguh mengerjakannya, dalam solat ingatannya melayang
kepada yang lain, tidak disegerakan untuk membulatkan ingatannya untuk Allah
SWT. Adapun maksud sebenar tentang lalai dan lupa itu ialah mereka
yang sekiranya melakukan solat di awal waktu itu merasa beruntung serta
bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepadanya sehingga dapat
melakukan solat di awal waktu. Dan jika melambat-lambatkan solatnya
sehingga dihujung waktu pun tidak merasa sesuatu yang merugikan malah
tidak pula merasa keluh kesah kerana ia telah melewat-lewatkan
kewajipan solat fardhu itu.

Orang yang telah sampai ke peringkat tidak merasai perbezaan antara
solat di awal waktu atau di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika
pun ia mendirikan solat tetapi malangnya ia telah direzabkan oleh Allah
SWT untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.

Ada juga orang terlambat mengerjakan solat kerana ia tertidur,
walaupun tertidur dan terlupa, itu suatu perbuatan yang tidak dikira salah di
sisi syariat, namun ia hendaklah diperhatikan dari beberapa sudut. Apakah
ia tidur setelah masuk waktu atau ketika waktu telah hampir tiba, jika
dalam keadaan itu maka ia disifatkan sebagai cuai. Dengan kecuaian itu juga
Allah SWT akan mendatangkan balasannya sesuai dengan kecuaian yang
telah dilakukan.
Tidur yang dianggap sebagai ibadah hanyalah tidur yang dilakukan
sebagai modal untuk berjaga malam kerana hendak melakukan solat malam seperti
yang digalakkan oleh Islam.

0 ulasan: