abyat minal albi

Meh join....

Memaparkan catatan dengan label soifi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soifi. Papar semua catatan

Khamis, 30 Julai 2009

Buat bakal - bakal zaujah..



Saudariku!
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikanlah ilmunya dan sematkanlah di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya-Allah...

Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkar bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali unutk mendekatinya.

Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu, lebih-lebih dengan title gadis yang kau miliki, Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah saudariku...
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punya, azam, usaha dan istiqamah...

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kamu tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahawa dirimu :
Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelai selain fitnah yang berpunca daripada wanita

Oleh itu saudariku...
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu unutk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan Ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunis dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai di antara kamu tewas kerana cinta.

Bercinta tidak salah tapi memuja cinta itu salah. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan akhlak remaja sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya cinta itu buta…

Cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil pabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata.

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampi membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati org yg melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama :

“Cintakan menusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itum gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.”

ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWNANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.

Wallahu A`lam...

Khamis, 28 Mei 2009

Ku sangat merindui mu SMRT, SMIDU ,MATRI.......




 SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-TOYYIBAH AD -DINIAH AL -ISLAMIAH,CHANGLOON
 KEDAH DARUL AMAN
 2002 hingga 2004

sebeluam ana menjejak kaki ke alam 
remaja,penah ana terdetik dalam hati ana ,ana ingin menjadi seorang yang
 faqeh dalam bahasa arab j
uga ilmu agama,berkat usaha dan dorongan tok ana,ana masuk sek nie,disini bermula la zaman ana menganali segalanya ,pelbagai ana pelajari selama 3tahun di sini,sek nie macam pondok juga laa sistem pengajian,tapi bernizam moden(pondok moden )
xda PMR,tp ana dan sahaba
t kelas ana ,kami
 ambik juga PMR masa 3ikdadi,ana besyukur sangat masa tuu ,hanya ALLAH  ja tahu hati ana,ana jadi cinta sangat nak mengkaji dan belajar
 deniyyah,alhamdullah syukur Allah beri hidayah
 pada ana,segalanya kehidupan ana berubah setelah ana diasuh selama 3tahun disitu,segal
a memori ana besama ustazah yang tidak penat lelah mengajar ana,ustaz-ustaz yang amat mengambil berat tentang ana,nak tahu semau us
tazah ana,anggap ana nie macam adik sampai sekarang ana masih berhubung bertanya kabar,dianatranya ustazah Masriah ,ustazah Asiah,cikgu Yusrina , ustaz Nazri ,ustaz Mokhtar dan ustaz Yussuf ,merekalah yang bayak beri tunjuk ajar  ana masa di situ,ana ucapkan bejuta2 terima kasih atas pengorbanan mereka ,moga kehidupan mereka disinari rahmad Ilahi selalu.Moga ilmu yang dikau curahkan padaku menjadi izimat buat ku didunia dan akhirat
,ameen.




SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM AS-SANAWIYYAH AL-ISLAMIYYAH,POKOK SENA KEDAH DARUL 
                       AMAN                             
 
  Akhowat 3thanawi

shabab 3thanawi


     Adik 1 ikdadi bukhari ,pelapis 08/09