abyat minal albi
Meh join....
Isnin, 20 Julai 2009
Jom bermuhasabah jiwa...
Bicara Hati dan Akal
Setiap manusia diberi hati ,akal ,ilmu dan jua iman untuk mengawal seluruh anggota badan ,tapi jangan lupa manusia jua diberi nafsu dan Syaitan menjadi musuh ketat kepada keempat saudara tadi,keempat saudara tadi adalah hati ,akal, ilmu dan iman kadang-kadang kita selalu tersilap memilih ketua untuk mendorong keempat -empat saudara tukan.Iman adalah cahaya dari ilmu yang dipelajari,akal pula menerima ilmu ,hati pula menerima iman dengan ada ilmu dan keyakinan dari hati,tapi jangan salah buat pilihan bila semua ni berada pada diri kita ,jangan pisahkan keakrapan mereka ni,pilihlahlah iman untuk mengawal ilmu ,hati dan akal,kerana iman adalah hidayah dari Allah ,iman tidak akan datang dengan sendiri jika kita tidak berusaha mencarinya.Jadi siapa yang perlu berkorban mencari iman ni,selayaknye akal, hati dan ilmulah kena mencari iman untuk memandu seluruh anggota badan kitakan,bila iman mengawal segala anggota badan dibantu dengan akal ,hati dan ilmu segalanya tidaklah menjadi berat untuk iman membuat keputusan kerana sahabat pada iman ni tidak menghalang ,kerana bila kesemua menpecayai iman ,maka mudah laa iman membuat keputusan untuk memandu seluruh anggota badan dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh mencabar nikan.
Tidak semudah itu tau,ermm sebab nafsu dan syaitan adalah saudara yang amat akrab mereka ni sentiasa mencari jalan nak pedayakan hati dan akal ,nak tahu syaitan ni lebih kurang macam ketua la pada nafsu ni,sebab dia yang merancang segala aktiviti yang akan dijalankan bersama-sama tapi banyaknye nafsu la kena buat keja untuk menyesatkan keempat saudara tadi ,kerana hati dan akal ni ibarat abang dan kakak laa dalam keluarga,ilmu pula ibarat kawan mereka ,jika akal dan hati ni silap pilih ilmu pincang laakan,begitu juga jika abang dan kakak silap memilih kawan mereka maka pincang la kehidupan pergaulan mereka ,jadi apabila hati dan akal silap mencari ilmu maka nafsu dan syaitan cepat-cepat datang umpama berlutut mengajak mereka bersama-sama berkawan dan tinggalkan iman jauh -jauh,jadi bila nafsu dan syaitan dapat merasuk hati dan akal ,mereka akan mentarbiah hati dan akal untuk biasakan dengan benda-benda maksiat,sehingga hati dan akal menjadi senang dengan kehidupan itu ,jadi nafsu dan syaitan tak perlu la nak susah payah lagi nak melutut dan merasuk akal dan hati,bila jadi begini akal dan hati ibarat hamba pada syaitan dan nafsu,bila syaitan ada kerja lain nafsu tidak tinggalkan hati ,nafsu akan lihat je hati dan akal buat kerosakkan dalam kehidupan mereka syaitan akan mencari nafsu lain pula untuk perbanyakkan ahli-ahlinya.Jahatkan syaitan ni mula mula dia datang melutut buat baik lepastu menjadi ketua yang lain dijadikan hamba ,kemudian syaitan ni cari pula ahli lain untuk menyesatkan jiwa manusia seperti kita sekarang.
haaa!!!!!!!!!! Jangan la tinggal iman ,iman sentiasa tunggu kita, kawan yang ikhlas dari hati dan akal untuk mendorong tubuh badan kerana iman dari Allah yang datangkan kemulian buat diri kita,bila iman mentarbiah kita ,diri kita akan merasai kesusahan dengan ujian ,akal dan hati menjadi letih kerana iman nak akal dan hati menjadi suci dan benar ikhlas berkawan dengan iman,bila hati dan akal bersih segala ujian yang datang akan menjadi mudah ,kerana iman mengajar bila datangnya kesusahan dan kebahagian jangan lupa pada Allah pencipta iman, hati akal dan diri kita,bilanya semua ini terjadi nafsupun dengan rendah diri melutut memohon maaf dan kembali kepada jalan yang benar bersama-sama iman,barulah bahagia bila kesemuanya bersatu ibarat adik-beradik kembali bersatu seterusnya bertapak didalam diri kita .Semua ni berada dalam diri kita hanya kita ja selalu tidak berfikir ,jadi fikirlah dari sekarang muhasabahlah yeeee.....Selamat bermuhasabah...
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 7/20/2009 07:19:00 PG
Label: Soifi 09.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan