| ||||||||||||||
SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN KU KECAPI ..
ASSALAMUALAIKUM MOGA PENGISIAN INI DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT SEBANYAK INTIFADAH DAN KEBAIKAN BUAT KITA SEMUA. semoga ruangan ini bermanfaat buat kalian.htt//azizan_mazlan@yahoo.com.my
| ||||||||||||||
SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN KU KECAPI ..
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/29/2009 12:14:00 PG 0 ulasan
Principal | alFadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain |
School type | Private boarding school |
Founded | 20th August 1987 |
Location | Beseri, Perlis, Malaysia |
School Motto | Ulama' Warasatul Anbiya |
Ma’had atTarbiyah al-Islamiyah, commonly known as MATRI is the only private religious school in Perlis. Founded in 1987 by alFadhil Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain, MATRI celebrated its two decades of existence in May 2008 with the visit of over 10,000 visitors from all over Malaysia. The Menteri Besar, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu came to this grand celebration.
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/28/2009 10:50:00 PG 0 ulasan
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/28/2009 08:01:00 PG 0 ulasan
Label: panasnya hari ni.., soifi
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/28/2009 06:07:00 PG 0 ulasan
Salji di syiria ....muka letih sikit syok men salji
Salji di Mu'tah jordan 08/09
SYAYOOOOOKKKK!!!! BEST Giler.
Baru sampai .ziarah makam JA'FAR AT- TOYYAR
Depan pintu gerbang masjid Mazar,JORDAN.08/09
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/20/2009 09:13:00 PG 0 ulasan
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/20/2009 08:50:00 PG 0 ulasan
PELAJAR MUSLIM CONTOH…
Dunia dewasa kini manusia terlalu leka dan terlalu sebok dengan dunia masing –masing ,sehingga merasakan kejaya mereka segala –galanya ,hidup penuh dengan kerja duniawi sehingga lupa amalan ukhrowi,sedangkan amalan duniawi akan deredhoi jika disematkan dengan niat yang luhur hanyalah kerana Sang pencipta,kerana apa yang dikecapi didunia ini hanyalah milikNya,tiada satupun milik kita sehinggakan air mata yang menglir tika kekecewaan jua milikNya,.kita selalu merasakan apa yang ada adalah hak mutlak diri kita sehingga lupa siapa diri kita,terlalu kerdil jika dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah yang lain,dimana kita sekarang cuba kita renungkan? Layakkah kita kecapi nikmat ilahi dalam hidup ini? Jika kita rasakan layak apa yang telah kita lakukan untuk membalas apa yang Allah berikan pada kita,walaupun Dia tidak penah meminta, Dialah pencipta,jua mentadbir alam ini ,adakah kita sedar DIA jua menjaga kita ,tika kita dalam kandungan ibu selama 9bualan ,adakah kita sedar Dia jua menjaga kita ,tika kita tidur nyenyak,sedarkah Dia jualah yang menjaga hati kita dan kelekaan kita darinya.Tapi kita sering kali lupa dariNya sering kali mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan.Tidakah kita merasa malu denganNYA????
Tepuk dada tanyalah imanmu ,,,diruangan ini ana mengajak marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berfikir sejenak apakah tujuan hidup ini,matalamat yang sering kali kita keliru kerana dunia yang sering menipu,sekarang kita perlu sedar kita adalah hambaNya dan perlu sedar tujuan hidup ini adala untuk mencari keredhaanNYA,tanggung jawab kita kini adalah sebagai penuntud ilmu,sedanrkah apa yang dikejar itu adalah jua miliknya,ilmu Allah terlalu luas tiada penghujungnya.ketahuailah segala kemodenan kecanggihan dewasa kini baru sedikit yang kita kuasai ,sesungguhnya kemoden yang kita agungkan ini,disisi Allah telalu kecil jika igin dibandingkan degan ciptaanNya.Jikalah dihimpunkan semua ahli ilmuan ,cuba datangkan ayat sepertimana Al qur’an nescaya tidak mampu dilakukan,ini menunjukan bahawasanya segala ciptaan yang ada tidak setanding dengan ciptaan Allah,jadi sedarkah siapa diri kita ini,saya percaya semua pembaca mengenali diri dan apa tujuan hidup ini,jikalah kita menyedari segalanya nescaya tidak langsung diri kita akan menjadi insan yang luar biasa dalam semua aspek kehidupan
Institusi pendidikan diwujudkan kerana adanya penuntut manakala guru-guru menjalan tugasnya untukmenyediakan manusia yang dapat membangunkan tanah air.
Dengan itu perlu kita menunjukan contoh yang baik kepada penuntut Muslim sebagai ikutan kepada anak-anak yanag lain.Begitu juga dengan penuntud perempuan merupakan sebahagian dari masyarakat dan mempunyai peranannya yang penting dalam membentuk generasi dan menegakan keluarga Isalam bagi membina masyrakat dan negara Islam.
Pertama ,sebagai penuntut muslim contoh perlulah membetulkan niat dan tujuan beljar .Di kalangan kebanyakan penuntut , tujuan belajar ialah untuk mendapat sjil yang mna padanya membolehkan memegang jawatan dana dapat menyara hidup semata-mata,tetapi perlulah kita sedar Isalam menghendaki segala niat atau tindak tanduk ialah untuk memberi sumbangan terhadap islam dan orang islam.Niat yang begini menjadikan pelajar itu salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang telah diluahkan .Oleh itu kita perlu berusaha agar diri kita menjadi salah seorang dari pelajar yang memikirkan masa depan Islam.
Pelajar muslim contoh juga hendaklah membetulkan pandangan kepada pelajaran dan ia bukan semata –semata penguasaan akal tentang maklumat –maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan akhir tahun,,tetapi maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan akhir tahun ,tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan pribadi terpelajar yang membina ilmunya,boleh memberi faedah kepaa kehidupan manusia,dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungan apa yang dipelajari dengan kehidupanya dengan kehidupan .Penuntut Islam juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlaq adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari ajaran islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan.Mereka juga hendaklah mengetahuai adab-adab Islam dan ajaran-ajaran dan memaksa dirinya untuk mengetahui,membiasakan diri dengan sifat benar,amanah ,berlemah lembut dan menjauhakan segala akhlak yang dikeji .Dan yang paling nyata sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang, berbuat baik terhadap dua ibu bapa ,berbaik-baik hubungan dengan keluarga dan kawan-kawannya.
Penuntut Muslim contoh hendaklah pandai memilih kawan dari kalangan kawan-kawannya ,seharusnya memilih kawan yang soleh dan tidak bercampur –gaul dengan orang yang jahat.Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal,jangan samapai membuang masa pelajaran..
Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar ,mengulangkaji,tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang telah ditetapkan itu.Jangan biarkan masa masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan –urusan lain,alat sebaran dan lain-lain keadaan yang menghabiskan masa .Solat hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya,kerana menunaikan solat adalah sebagai pembaharuan tenaga dan memohon pertolongan dari Allah .Perlu diigatkan diigatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.
Ramai penuntut yang tidak mengambik berat terhadap pelajarannya di awal pengajian dan masa dibuang begitu sahaja ,mereka menggantikan masa yang dibuang itu diakhir tahun dengan berjaga sepanjang malam .Ini adalah satau kesalahan yang besar bagi penuntut Muslim contoh dan patut jauh dari sifat begitu.Waktu hendaklah diataur sejak dari awal pengajaian lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.
Pelajar Muslim contoh hendakalah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman ,pembersihan hati dari dendam dan hasad ,pemarah dan takabbur,terpedaya dan setiap yang dimurkai Allah .Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan ,pakaian ,tempat tidur ,meja tulis dan buku-bukunya.
Kita hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-guru dan jangan tidak hadir kekuliah kecuali berlaku keuzuran yang kuat.Fikirkanya hendaklah sentiasa awas (memberi tumpuan ) ketika mengikuti pengajian,tidak terganggu dengan urusan lain ,kerana jika guru itu dapat dikuasainya ini akan dapat menolongnya .Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak hadir kuliah atau tidak mengambil berat kuliah guru,tentunya ada disetengah –setengah tempat yang kurang jelas atau tidak faham.Lebih baiklagi jika kita dapat membaca pelajaran itu sebelum disyarahkan oleh guru.Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang kurang di fahami.
Kita hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajar itu ada hubungan anatara satu sama lain .Kebiasaanya sesuatu pelajran yang sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya difahami lagi.Oleh itu kita sebai pelajar jangan segan silu untuk bertanya dan berbincang sesame rakan ,jika ada masalah yang tidak dapt diselesaikan maka wajarlah untuk berjumpa dengan guru .Bagi memudahkan dalam penguasaan seperti nahu ,sorof ,mantiq dan segala cabang ilmu yang mempunyai fomula hendaklah dibuat ringkasan untuk difahami dan dapat dihadam dengan baik.
Sebagai penuntut muslim contoh kita wajarlah melazimi dan mengamalkan zikirullah setiap hari dan penuhi waktu kekosongan dengan bacaan Al-qur’an dan selalu berdoa agar dijauhkan dari gangguan syaitan .Segala amalan ,belajar menjawab ketika peperiksaan hendaklah dimulakan dengan bacaan BISMILLA..dan memohon pertolongan dari Allah.segala usaha dalam mengejar ilmu hendakalah ikhlas dan bergantung harap pada Allah semata-mata,kerana ilmu aalah cahaya yang bersih lagi mulia,jadi jika kita ingin ilmu dan keberkatan dalam kehidupan maka hormatilah ilmu dan para muallim,dekati para ulama.Adab menuntut ilmu yang perlu kita ambik perhatian selepas segalanya dilakukan maka ilmi itu wajib diamalkan didalam kehidupan seharian ,seperti hadis Nabi yang berbunyi:(Ilmu jika tidak diamal seperti pohon yang tidak berbuah).Manfaatlah ilmu yang kita pelajari kejalan yang diredhoi Allah ,tiada kebaikan jika segala amalan kita tidak memperolehi keredhoan dariNYA.
Akhirnya sebagai muslim kita perlulah berpegang dengan apa yang telah tersebut dahulu iaitu menjaga sifat muslim dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Isalam yang semperna dari segi rupa bentuk dan menjauhkan pa yang dilarang oleh syara’semoga setiap kehidupan kita mendapat ganjaran dari Allah dan memperolehi keimanan yang kukuh untuk mengharungi zaman yang penuh ranjau ini.
Ku tinggalkan kepada semua pembaca dengan kata Imam Hassan AL – Banna:
POHONLAH KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRATMU ,JIHAT DAN DAKWAHMU,CITA –CITA DAN HARAPANMU ,BERDOALAH UNTUK WATAN KAMU DAN KAUM KELUARAGA KAMU,UNTUK DIRIMU DAN SAUDARA MARA KAMU,SESUNGGUHNYA TIDAK BERLAKU KEJAYAAN ITU MELAINKAN DARI SISI ALLAH YANG MAHA MULIA LAGI MAHA BIJAKSANA.
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/17/2009 02:20:00 PG 0 ulasan
13 Wasiat Rasulullah kepada Saiyidina Ali
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/15/2009 01:43:00 PG 0 ulasan
Petua1 : Anak Fasih Bercakap Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah... Petua2 : Inginkan Anak Putih 1 Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu kelak.Cubalah ya. Petua3 : Inginkan Anak Putih 2 Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih. Petua4 : Awet Muda Asalammualaikum......... Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda.Selamat mencuba petua ini...OK.. Petua 5: Masalah Bau Badan Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil. jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih.... Petua : Awet Muda Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain Petua : Pembersihan Dalaman Badan Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah.. Petua : Bibir merah semulajadi Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
P/S: SEMOGA APA YANG KITA USAHAKAN ATAS BIMBINGAN DARI AL -QUR'AN DAN HADIS .SEMOGA BERMANFAAT BUAT KALIAN,,,
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/15/2009 01:21:00 PG 0 ulasan
Label: may ...detik kerinduan ku..
Petua : Mencapai Impian
Segala apa yang berlaku adalah dengan qada dan qadar Allah s.w.t.Tetapi kita sebagai manusia adalah disuruh berikhtiar dan bertawakal kepadaNYA.Seperti fizikal jika selalu dilatih akan menghasil bentuk badan yang cantik,begitu juga dengan fikiran ( minda ).Mula2 duduk bersila genggam tangan dengan ibu jari digenggamkan , kemudian tarik nafas melalui hidung,simpan ( tahan ) nafas antara kemaluan dan pusat ,kosongkan fikiran tumpukan kepada apa yang anda inginkan kemudian lepas nafas perlahan-lahan,ulang untuk beberapa kali yang anda mampu,amalkan setiap masa terutama waktu sunyi sehingga apa yang anda impikan tercapai ( baik yang di minta...baik yang dapat dan sebaliknya kerana Allah adalah maha pemurah ).
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/15/2009 01:18:00 PG 0 ulasan
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/11/2009 08:25:00 PG 0 ulasan
Label: MA'ROD JAMIAH MU'TAH
Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......
Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan
luang....
Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...
Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...
Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang
!!
Dicatat oleh Syed al syahabuddin mazlan di 5/10/2009 09:12:00 PTG 0 ulasan
Label: DAH DEKAT LAST EXAM..He3
JAWATAN KOSONG
kELAYAKAN :
1. SPM / SPMV / STAM
2. DIPLOMA DALAM APA-APA LAPANGAN (LEBIH BERPELUANG)
KELEBIHAN :
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas
Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 10 DISEMBER 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.
JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN :
LAMPIRAN SILA KE BAWAH.
Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA PERKASA HITAM (Cawangan Jepun)